...sekolah kehidupan..

Tuesday, November 29, 2011

Ada tiga perkara tak kena


Hujan lebat.

Baru balik dari mengawas SPM. Habis peperiksaan matapelajaran Kimia jam 3.30 petang. Ohoi. Lebat hujan menderu. Cepat-cepat bawa kereta sebab mahu kejar cerita korea yang akan tamat jam empat petang.

Sempat lima minit akhir pun jadi lah ye dak?

HaHa. Melampau.

...

Bila sampai rumah.

Ada tiga perkara tak kena.

....

Satu.

Lihat lampu luar terpasang

Okay lagi.

.....

Dua.

Bila masuk dalam rumah.

Lihat lampu kat meja makan terpasang

Ish.

Mula rasa apa kena la hai.

Hati mula rasa kenapa lah encik suami saya ini? lupa kah?

Okay lagi.

...

Kemudian.

Masuk dalam bilik. rehat-rehat sekejap.

Dan.

Tiga.

Pergi masuk bilik bacaan di belakang.

Ish.

Ish.

Ish.

Kipas terpasang tidak switch off jugak

Apahal dia ni?

...

Hati mula rasa pembaziran eletrik sedang berlaku di rumah saya.

....

Saya pergi Kerja awal tadi. Meninggal beliau terlebih dahulu sebab kena berada awal di Jabatan Pendidikan mengiring ketua pengawas ambil kertas soalan.

Jam 6.35 sudah keluar.

Ish.

Ish.

Takkan terkocoh kacah dia pagi tadi. Terlewat kah? Sampai buleh lupa tiga perkara.

Tapi.

Dia bangun awal juga.

Hai.

...

Bila saya talipon tanya dia.

Dia kata ini: "ITU MACAM KAH?"

Geram.

Tamat.

Kalau menulis banyak lagi. sudah ada bunga-bunga leteran kecil. Maka berhenti. Titik.

....


p/s: jimatkan eletrik.

Masa kecik-kecik. Encik ayah adalah seorang yang sangat menekankan erti jimat air dan eletrik. Bila semua berkumpul di ruang bawah. Maka lampu diatas kena matikan. Bila semua semua orang duduk di atas. Lampu di dapur sila matikan.

Anda berada di bilik mana, pastikan tempat yang tidak ada penghuni, sila matikan lampu. Jadi. Lampu hanya di pasang bila kita ada disitu. Tidak ada disitu. Tutup.

Dan. Perkara asas ini sudah diajar dan menjadi terajar dalam hidup saya dan adik beradik.

Macam itu juga air.

Kalau air dari kolam melimpah. Maka siaplah. Tahan telinga mendengar ceramah encik ayah tentang KEPENTINGAN MENJIMATKAN AIR dan ELEKTRIK.

Semuanya kena berhemah dan berhemat.

3 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

mmbazir itu amalan syaitan....

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

jangan di tiru amalan yg tak elok tu...

pensil iman said...

100% setuju lah dengan pokcik..ish, mmg xboleh ditiru..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?