...sekolah kehidupan..

Thursday, November 3, 2011

korban di hati kita

hey! iman menulis sesuatu hari ini..


Esok jumaat. Kemudian sabtu. Aidil adha datang. Seperti biasa. Kat utara atau di selatan. Raya haji tidak berapa di rasakan. Tidak lah betul betul di rai macam di kelantan atau mana mana tanah arab.
Korban sembelihan itu ada. Tapi. Bahang raya haji tak sama dengan raya puasa.

Mungkin sebab raya posa. Kita berpuasa. Berkobar hati menunggu hari ke tiga puluh dan tuhan menganugerah lailatul qadar dan hujungnya lagi raya. Maka. Ada teruja dan seronok di situ.

Tapi. Raya haji tidak. Ia sempena pengorbanan bapa terhadap anak. Bukti iman dan cinta pada tuhan lebih dari cinta pada anak. nabi ibrahim as berkorban besar dengan nabi ismail as.
Apabila tuhan uji suruh sembelih anak sendiri. Nabi ibrahim rela. Sudahlah susah untuk dapat zuriat sendiri. Sudah dapat seorang. Di suruh pula oleh tuhan supaya sembelih.

Siapa yang menahan hati? Iman yang teguh. Maka di penuhi kurban itu.
Oh. Tuhan melihat kesungguhan ibrahim.
Di gantinya sembelihan dengan seekor kibas.
Bukan kah itu ganjaran yang sangat besar?

......
Sebab bukan kita yang buat pengorbanan. Dan iman kita yang sikit sangat. Kita ini tidaklah merasa sangat bahang raya haji.
Dan kita cuma nampak meterial daripada ganjaran yang tuhan bagi.
Moga tuhan mengampuni kita untuk semua dosa.
Amin.

2 comments :

Unknown said...

setuju dgn tulisan cikgu iman!

slmt hari raye aji cikgu......

pensil iman said...

selamat hari raya haji untuk uci jugak..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?