...sekolah kehidupan..

Monday, November 14, 2011

Hari Satu

Rasa nak tidur

Selamat pagi.

Pagi ini pelajar SPM saya sudah berperiksa. Saya pula kena mnegawas peperiksaan SPM di sekolah lain.

Sebab sekolah yang di awas itu dekat sangat dengan rumah. Maka. waktu rehat haruslah saya balik rumah dulu berehat dan pekena ayam goreng drumstick ayamas lima enam ketul. Huhui. Balik goreng dulu dan berehat tunggu masa mengawas sidang petang.

Balik solat zohor di rumah dulu.

Oh seronok.

Rasa macam nak tidur satu round. Tapi macam tak boleh. Takut tak terjaga pulak. Kang naiya tak pi mengawas SPM pulak. Ye dak?

.......

Senang sangat

Malas dah fikir pelajar SPM saya boleh jawab atau tidak jawab.

Saya tengok soalan Bahasa Melayu tadi tahap senang dia boleh tahan. Senang sangat. Kalau saya dulu dapat soalan macam ini sohih dah melompat dulu baru buat karangan.

Naik soalan pasal faedah belajar berkumpulan. Alalalalla. Senang sangat oh.

Naik soalan pasal kepentingan sahabat. Ya rabbi. Senang nya lah hai.

Naik soalan pasal kepentigan teknologi maklumat. Hurm. Tidak lah payah.

Naik soalan pasal peranan ibu bapa dalam tangani gejala sosial. Ohoi. Mudah bebenor.

Ah. Malas cakap.

Semua senang.

Tapi. tak tahulah budak sekarang soklan macam ni pun tak boleh buat.

Itu tak ada ubat lain. Kena rebus kertas soklan bagi dia minum air. Sohih lancar buat karangan Bahasa Melayu.

....

Lagi enam hari nak ke hari dua puluh haribulan. 20112011. Tarikh ni sohih ramai yang dok pilih buat tarikh menikah atau majlis berkahwin. Sebab tarikh cantik sangat. Ye dak?

Dah jadi trend orang melayu sekarang tengok tarikh cantik. Mahu buat tarikh kahwen.

20112011 ini juga.

Hari ulang tahun perkahwinan saya yang pertama.

Tup tap. Sudah setahun saya menikah.

Hurm. Cepatnya masa berlalu.

Dan sudah setahun juga saya di Johor Bahru ini.

Hai.

Rasa nak melompat balik kampung di utara tanah air tanda saya bukan lah nak jadi orang Johor Bahtu selamanya.

Tapi.

Kalau ini takdir yang tidak boleh diubah dah. Maka. saya rela lah.

.....

Kena berlatih

Sekarang saya sudah reti berjalan sendiri. Cuma encik suami kena ajar saya ke laluan sana dan sini. Ke tempat kerja sudah biasa. Sebab jalan di sini bersimpang siur. Dan tahap takut saya agak tinggi.

Saya suruh dia ajar saya ke sekolah lain. Yang perlu saya pergi dan ada hal selain dari sekolah saya.

Huh. Bunyi macam lawak sebab tidak reti explore jalan. Dan itu lah saya ini. gigil tangan bawak kereta manual. Dan ini bukan di Alor Setar. Jalan mudah-mudah.

Ke rumah mak [tak payah cakap. Haku wajib reti]

Ke bank. [Sudah saya reti]

ke pejabat encik suami. [mana tahu satu hari annati haku nak kena pergi ambik beliau kah] pergi ke pejabat tak reti. Tapi, balik dari pejabat beliau haku reti. HAHAHHA.

ke hospital. [sedang berlatih ni]

Ke pejabat pos.[rasanya haku reti]

Ke pasar [sudah lama reti. Kalau tak reti. Dapur rumah haku tak berasap lah jawabnya. Ye dak?]

Ke tempat jogging [sedang dok hafal]

Ah.

Bila nak reti semuanya. Dan tahu semua tempat? [sedang berlatih menjadi orang Johor Bahru]

......

Tamat.

Hari Satu SPM hari ini.


 


 

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?