Anggap saja ini macam sebuah karangan biasa. Ia Panjang. Dan tiada motif juga. Cuma menulis. Ikut Hati dan kepala. Dan daripada anda disini, boleh juga anda pergi tidur. Ia tidak penting mana. Sebuah cerita selasa. ..... Selamat malam. Johor Bahru cuti hari ini sebab Hari lahir Sultan. Maka. seluruh rakyat jelata Johor ini berlibur. Ohoi. Saya Cuma berlibur dirumah. Tidak lah ada daya banyak mahu berderap ke sana dan ke sini. Bunyi macam letih. Ya. Letih. Letih travel. Ke Selangor pada Sabtu dan Ahad lepas berkenduri kahwin abang encik suami. Alhamdulillah semuanya sudah selamat bernikah. Terkena pulak pada hari ulangtahun perkahwinan pertama saya. Okay. tak apa. Boleh saja sambut bersama bila tiba ulangtahun perkahwinan. Eh. Lagi satu. Kakak encik suami juga berulangtahun perkahwinan sehari sebelum ulangtahun perkahwinan saya dan encik suami. Maka. kebetulan pula. Tarikh ulangtahun perkahwinan tiga beradik ini sama. Tamat cerita pasal hari ulangtahun perkahwinan. Akan saya sambut terkemudian sebab sudah terdelay oleh majlis perkahwinan abang encik suami. ..... Cuti sekolah ini anda bagaimana kah? saja tanya untuk siapa-siapa yang berkenaan atau tidak berkenaan dengan cuti sekolah. Saya tidak lah cuti sepenuhnya. Menjaga SPM sehingga 6 Disember ini. hajat mahu kemana? Dengan encik suami yang tidak bercuti banyak. maka. saya masih masih di sini sahaja. ..... Dan. Cuti saya terisi ilmu lah. Ada cikgu disekolah saya sudah request saya mengajari anak beliau pada musim cuti sekolah sebagai persediaan memasuki sekolah berasrama penuh. Maka. saya ya kan sahaja. Sebab saya memang dok tang ni tak pi mana. Dia minta saya mengtuisyen kan anak beliau dan beberapa lagi. Okay. Itu kerja saya dalam cuti sekolah. Sebar ilmu. Dan dapat hasil sedikit-sedikit. HuHu. Daripada dok saja ye dak? ...... Encik suami kata. Dia seronok bila saya bercuti lama. Cuti Sekolah macam sekarang. Cuma pergi jaga peperiksaan. Pagi-pagi bangun pagi. Sudah saya siapkan sarapan tanpa terkecah-kecah. Sediakan bekal sarapan dan boleh dia bawak bekal bersarap di pejabat. Dan Sarapan yang sedap-sedap dan tidak semudah ABC. Maka. saya senyum sengih tanda setuju. Bila bercuti. Saya jadi gaya emak-emak. Sedia sarapan sedap-sedap buat anak-anak tanpa fikir mahu pergi kerja atau apakah? Ye dak. Bila encik suami cakap amcam itu, Bunyi dia macam memang kena hari-hari bangun awal buat sarapan sedap untuk dia tapau bawak sarapan ke pejabat. Oh. Hurm. Baiklah. ..... Dan. Kalau tidak bercuti. Sohih buat sarapan paling ringkas untuk dia dan saya. Ringkas sampai tak sempat nak pejam mata pun sarapan sudah siap. Jawapan paling tepat: Roti. dan Planta. Memang kasehan. ..... Tamat. Rasa cukup. Sebab. Lagi lama tulis. Lagi rasa macam tak sudah. Itu saja dalam kepala sekarang. Sekian.
Tuesday, November 22, 2011
Tiada motif
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
selama sebulan nih.... jalan kurang bz sikit disebelah pagi.... tidak kalu... fuhhhh...
uihk... blog nih buat private ke?... kene invite dolu baru blh masuk sini.. huhuhu
anyway.. TQ..
selmt bercuti panjang..
saya taw pokcik nak ckp budak2 sekolah cuti..kmdn, cikgu2 pun cuti..jln pun x sesak kan..ahahha
blog sy buat private sat..sbb ada stalker dok membaca banyak sgt ttg hidup sy...
rasa x berapa tenang..dan tak rasa seronok..
u r welcome pokcik..
Post a Comment