Jurnal ini di taip pagi tadi sedang hati bersedang libang libu. Tapi dek internet yang kejap tenggelam dan kejap timbul maka ia di tangguhkan ke masa ini: ..... Mari lah hiburkan hati yang lara dan cuak mahu hadap SPM oleh pelajar saya yang tinggal empat hari saja. Dengarlah puisi pantun yang tak menahan rasa nak gelak. Saya tuju pada encik suami satu minggu lalu bila berborak pasal apa tidak tahu sampai lah ke bab kebersihan laki-laki. Saya tinggal dia dengan persoalan "kenapakah ada laki-laki yang suka simpan ini?" Rasa bersyukur dan bernaseb baik dia bukan tergolong. Ketawa dulu lima enam dekah. KAHKAHKAHKAH. Lawak hujung minggu bila berborak sudah hilang topik. "hello hello sayang, Bulu ketiak panjang, Nak cabut sakit, Nak gunting sayang, Nak simpan buat tali pinggang" Okay. tamat. Lagu tak senonoh yang tidak semenggah juga saja-saja ditulis dengan ketawa dalam segan. Motif? Mahu ketawa! Pujuk hati sedang cuak. Lihat pelajar SPM saya Yang masih berleka leka. Tidak lah saya tahu dia bersedia atau tidak. Berleka-leka dengan cinta remaja. Dengan boyfren dan gilfren. Cinta di dahulukan Pelajaran di kemudiankan. Entahlah.
Wednesday, November 9, 2011
Motif mahu ketawa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment