...sekolah kehidupan..

Wednesday, November 2, 2011

kanan dan kiri

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

[tak payah bersungguh baca. Ini hal sekolah saya saja]
Selamat malam. Sedang tengok berita kah anda di jam lapan ni? Huhu.
....
Sebagai cikgu. Sohih saya bimbangkan pelajar SPM saya. Ish. Lagi tiga belas hari.
Pelajar SPM saya. Ada yang berubah banyak. Belajar bersungguh. Dan mahu berasa sedar.

Saya berasa senang. Bersyukur. Dan berdoa banyak. Moga tuhan berkati usaha pelajar saya itu.

Ada yang sampai saat la ni pun. Tidak juga sedar. Dan maseh tidak mahu sedar. Sorang dua. Yang tolol nya belum habes. Kadar bodoh dia mungkin tinggi dari yang lain. [bunyi agak pedih jiwa raga. Tapi itu hakikat]
sudah tahu mahu periksa besar tidak berapa hari saja. Dia boleh longlai lagi. Kelas tambahan pecutan akhir. Tak nak hadir. Saya selalu perhati dia itu. Kadar selekeh dan kadar ponteng adalah lebih dari orang lain.
Stok otak udang.

Saya berasa tidak senang. Rasa bimbang dan bertanya hati. Bila dia mahu ubah diri? Tuhan tidak akan ubah dia jika dia tidak ubah diri.
Saya cuma boleh doa.

Tidak semuanya saya boleh selamatkan. Ada sorang dua. Pasti tercicir. Tidak apalah. Ramai juga boleh saya ubah daripada tidak boleh ubah langsung.
.....
Tadi.
Saya kecik hati.
Dekat dekat nak SPM. Satu kelas sedang sedang telah buat perangai dan berasa sudah pandai. Cipta macam alasan tak datang kelas. Sakit perut la apa lah. Ponteng lah apa lah. Memang saya naik hangin. Tapi saya tidak lah tunjuk marah.

Maka. Dalam kelas itu saya guna psikologi saja. Saya mahu ajar yang mahu belajar saja. Yang tidak mahu belajar. Saya letak tepi. Tengok muka pun saya tak mahu. Yang datang kelas saya ke kanan. Yang belagak pandai bodoh tapi sombong saya allih ke kiri.
Namun. Ada lagi yang ngok ngok budak perempuan pemalas tidak malu cuba juga masuk ke kanan. Buat muka dang dok kat belakang nak belajar juga.
......
Yang duduk kat kiri tadi, buka buku juga.belajar juga. Berlakon buka buku. Tapi nak buat apa? Saya sentiasa tahu. Otak dia ziro. Hati saya sudah rasa sakit sangat. Kita sungguh sungguh mahu ajar. Dia mahu jadi bodoh dan sombong juga. Bebal.
memang tak menahan menahan sabar.
Bila nak bincang soalan. Yang tak datang kelas sohih terpinga pinga. Tak taw apa. Yang datang kelas. Muka jernih dan tahu nak buat apa? Maka. Sohih esok kalo haku masuk lagi kelas itu. Haku asingkan. Yang kanan je kot mampu di selamatkan. Yang kiri itu, sudah saya tak mahu ambil tahu dia. Kecuali betul betul dia mahu ubah.

Satu kelas itu saja bermasalah. Dan perasan pandai walaupun bongok.

2 comments :

Unknown said...

bace dgn penuh fokus..sprti melintasi masa lalu rasenya wahai cikgu iman!


13 ari lagi? makne halft bln ni lah iya..good luck utk murid2 cikgu iman for SPM!

pensil iman said...

ye uci..da x brapa ari tinggal..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?