Sebuah cerita yang agak getir.
Jangan baca jika letih. Ia panjang. Cuma sedikit kaseh sayang emak dan anak. Saat bersalin yang singkat. Datang dari bawah meja saya. Ada adik baby yang comel. Tiba-tiba ada di bawah meja guru saya disekolah.
Saya tidak sedar ada adik baby comel bawah meja saya oh. Memang terkejut.
Saya buat seperti tiada apa-apa. Mahu war-warkan tidak berani. Cuma bagitahu cikgu meja sebelah.
Okay. titik.
......
Intro macam tak sudah.
......
Huhuhuhu.
Okay lah. saya bagitahu hal sebenar.
Ada mak kucing bersalin bawah meja saya. Anak dia sangat kecik mata pun belum buka lagi. bersalin pagi tadi. Rupa—rupanya dia pergi bersalin dalam kotak buku saya bawah meja guru saya.
Saya memang tidak tahu apa-apa.
Tidak sedar si kucing yang berwatak emak itu semalam dan pagi-pagi tadi masih mundar mandir di bilik cikgu-cikgu.
Saya balik saja dari dewan sekolah naik ke bilik cikgu-cikgu buat kerja macam biasa.
.......
TIBA-TIBA.
Telinga macam terdengar suara kecik ngiaw. Oh. Bunyi macam adik baby kucing.
Saya cakap dengan cikgu sebelah meja.
"eh dengar suara anak kucing"
......
Cikgu meja sebelah sudah lari pergi meja belakang lagi sebab cikgu belakang sudah sedia kotak untuk mak sikucing itu bersalin di belakang. Rupanya tidak ada.
Dia pergi bersalin bawah meja saya. dalam kotak saya rupanya.
.....
Mungkin mahu sesuatu tempat tersorok. Saya tengok ada empat adik baby kecit kecit mata tak buka lagi dok di sisi emak kucing.
Mata tak buka lagi juga tangan menggagau-gagau badan si emak mencari nenen.
......
Oh.
Mana saya mahu letak. Saya biar saja dia bawah meja saya. dalam kotak saya. saya fikir emak si kucing sohih letih dan lemah. Baru beranak. Dan mungkin tak larat berjalan. Jadi biar dia disitu saja.
.....
Tapi.
Masa mahu masuk kelas terakhir. Otak macam fikir. Eh. Bilik guru waktu petang akan dikunci. Saya fikir banyak.
Macamana kalo mak kucing nak keluar pergi minum kalau dahaga.
Macamana kalo mak kucing mahu cari makan.
Macamana kalo mak kucing juga mahu berak.
AH. Parah.
Wallahi. Bukan niat mahu aniaya.
.....
Datang ustazah satu negeri saya cakap ada cikgu pendidikan khas di bawah suka kucing. Saya bawak kotak ke kelas bawah. Huhu. Letak di pintu dia dulu.
Usai kelas saya singgah tengok dan bagitahu saya orang yang letak kucing berkenaan. Tengok kotak kucing yang bersalin itu sudah beralih tempat. Sudah dalam bilik dia.
Tapi.
Dia juga cakap.
Kita sudah mahu cuti.
Mahu letak dimanakah ini kucing?
....
PAAP! Otak saya menangkap muka puan ibu mertua.
Saya menalipon tanya. Kalau-kalau saya boleh bawak balik kucing padanya.
Dia cakap YA. Bawaklah.
....
Oh. Alhamdulillah.
Menderu saya suruh pelajar saya bawak kotak mak kucing dan anak-anak kecitnya masuk kereta.
Sepanjang jalan si emak kucing peluk anak dia sungguh-sungguh oh. Mengiau kuat gila.
Mungkin si emak kucing takut haku bawak kereta laju macam hantu. Dan mungkin dia ingat saya mahu apa-apa kan dia.
Hati saya masa itu. ish. Tak tenang. Kan haku eksiden pulak kang. Takut kucing melompat dari belakang. Si ibu kucing sudah gelisah turun naik masuk kotak naik duduk atas kusyen kereta belakang. Sat turun masuk kotak peluk si anaak. Ish. Kasehan..
......
Sampai saja di rumah puan ibu mertua. Saya letak kotak dekat dinding luar. Puan ibu mertua ketawa ber ha ha ha. Hujung ayat. Keluar kata: “kesiannya dia”
Masalah sekarang.
Kucing-kucing otai yang puan ibu mertua bela. Sudah menjadi cemburu buta.
Melihat ada penghuni baru tiba dan diberi perhatian pulak.
Haish~
Saya tengok muka masing-masing macam mahu cari gaduh saja. Dan si emak kucing itu garang sungguh mengiau mempertahankan anak.
....
Harap baik-baik saja. Amin.
Thursday, August 25, 2011
Datang dari bawah meja
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
salam eidulfitri..... rasa nye sebelum raya ari tu.. dah tulis komen... kalu tak silap.. masa tu blog cikgu nih macam ade prob aje.... @ dejavu kot...
oh ye ke pokcik..mungkin lah..ada masalah sikit ritu...
Post a Comment