...sekolah kehidupan..

Tuesday, August 23, 2011

Akhirnya terlepas juga


Sebelum menjadi jahanam.

Minggu sudah ingatkan bab akhir saya mahu guna buku teks.

Tapi. pelajar kelas belakang saya yang semua orang mengucap panjang dengan sikap dan adab penghuninya.

Daripada 20 orang yang hadir sekolah. Cuma dua orang bawak buku teks.

Bila sudah tidak boleh marah dan speechless.

Hati dok tahan marah yang tak sangga-sangga.

Daripada berdiri.

Pergi duduk.

Mungkin boleh tahan marah.

Kepala terus menangkap berdenyut-denyut.

Sebab marah tidak boleh keluar.


Dan.

Akhirnya. Terlepas juga.

"kelas ini memang jahanam"

Tamat.


Pahala puasa hari ini mungkin tinggal suku.

Perkataan jahat yang telah tersebut oleh saya.


Dan.

Selepas keluar dari kelas itu.

Terus tiada mood mahu mengajar siapa-siapakah.

Dan.

Bunyi loceng balik dua belas setengah. Satu kaki saya sudah masuk dalam kereta. Balik.

Nauzubillah.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?