hey! iman menulis sesuatu hari ini..tentang setambun rindu yang banyak.
Seorang tua yang saya sayangi. Penyabar dan bijaksana. Penyayang walaupun nampak tegas dan cengei.
Tidur malam saya malam ini jadi tidak kena. Libang libu dua tiga hari ini asyik menjerit nama ayah dan emak. Terasa tidak larat nak tunggu hujung ramadhan baru boleh jumpa. Bila dewasa. Erti rindu orang tua. Payah mahu di beri makna. Cuma boleh dirasa. Selebihnya kaseh melimpah limpah tidak sampai pula. Terasa berdosa. Menjadi jauh dan tidak mampu menjenguk selalu.

Encik ayah dan puan emak. Sudah tua dan sunyi mungkin. Ada adik kecik saya yang sudah besar usia empat belas tahun saja yang sekolah. Mana situasi macam dulu lagi.
Lain lain anak sudah kerja dan duduk jauh jauh juga. Seramai ramai anak encik ayah dan puan emak tinggal jaun dan bekerja jauh. Ikut encik suami masing masing dan kerja juga.
Ada sorang dua di rumah belum cukup buat hati depa dua gembira. Nak nak gembira betul betul bila semua kami balik kampung. Baru kena. Masa itu boleh nampak riak seronok di muka encik ayah dan puan emak. Sebagai anak bukan saya tidak reti rasa.
Bila duduk jauh macam ini. Mesej pada encik ayah memang tidak cukup. Nak bercakap kata saya rindu dan sayang ayah pun tidak terluah. Dalam mesej baru boleh cakap. Itu tidak cukup. Baru akan cukup kalau dapat balik kampung tengok sendiri hidup depa dua.
Tengok ayah lena depan tv. Tengok berita sampai terlena.
Suruh adik ambik bantal lapik kepala ayah.
Tengok ayah pagi pagi pergi padang sejuk sejuk.
Tengok ayah bagi makan burung.
Tengok ayah makan nasik di meja makan pasang cd nasyid di tv.
Tengok ayah ajar mengaji quran.
Bila tengok semua macam ini. Baru terasa rutin dan hilang dendam rindu.
Saya teringatkan suasana ini. Malam ini terasa payah mahu tidur. Air mata sudah lima gelen di bantal.
Allahummaghfirli liwalidaiyya warhamhuma kama robbayani soghira.

2 comments :
ag.. menitik air mata aku bila baca kt blog ang.. jgn dok wat sedih cm ni.. huhuhu..
mmg sedih...rindu sgt kdg2..huhuhu..taip comment sambil qeyau...
Post a Comment