...sekolah kehidupan..

Thursday, August 18, 2011

“makan lauk aku”

Saya sedang teringat kepada ikan segar-segar yang selalu encik ayah beli.

Setiap hari kalau dia pergi pasar cari ikan.

Ikan yang dia bawak balik semua cantik dan segar.

Macam itu jugak daging. Mana ada beli daging sejuk beku. Semuanya fresh dari lembu yang kena sembelih pagi-pagi jual si pasar.

.....

Disini.

Saya beli ikan.

Saya rasa.

Semua nya dari sejuk beku.

Tengok ikan. Tidak sama macam saya tengok ikan yang encik ayah saya beli.

Itu lah di sini.

Semuanya mahu pantas dan bukan ada segar banyak.

....

Sedang disekolah lagi saya ini.

Tiba-tiba teringat ikan-ikan yang encik ayah beli untuk buat lauk

Makan tengahari atau malam.

Semua baik-baik

Isi bagus-bagus

Dan masih ada manis

.......

Saya jadi teringat ikan temenung goreng yang gemuk gemuk dan ada lemak manisnya.

Sedap.

Kadang puan emak goreng.

Kadang puan emak masak gulai.

Anak-anak berebut makan tanda sedap.

Bila encik ayah tengok sambutan macam sungguh menggalakkan.

Sampai encik ayah melawak pergi kata:

"makan lauk aku...."

Bukan tidak simpan untuk encik ayah. simpan.

Saja dia kadang perli.

......

Sebab anak-anak bukan suka sangat makan gulai.

Tapi.

Kalau ada ikan temenung baru. Segar. Gemuk-gemuk. Lemak. Manis ikan masih ada.

Memang anak-anak semua suka.

Sebab selama hidup ini.

Encik ayah saja penggemar gulai.

......

Di sini.

Saya pergi pasar.

Saya tengok daging. Semua sejuk beku.

Saya tengok perut lembu. Semua sejuk beku. Payah nak ada yang segar dan merah daging baru sembelih.

Haram tak berkeinginan saya mahu beli.

Saya tengok ikan. Payah nak cari yang insang masih merah dan cantik.

Saya kadang-kadang tengok sayur.

Yang ada di belakang rumah encik ayah di kampung pun ada jual.

Daun pandan. Daun keti. Daun kari. Daun Serai. Daun pucuk ubi. Ulam pegaga. Lengkuas.

Yang puan emak tanam-tanam.

Disini. Saya rasa semua kena beli.

.....

Masa saya pergi pasar di kampung.

Sudah berkahwin dan pergi sama encik ayah suatu hari.

Encik suami macam seronok.

Tengok semua ikan segar-segar mai dari tong orang tengah yang borong dari nelayan.

Encik suami makan lauk ikan yang puan emak masak

Dia cakap pada saya.

"Ikan disini semua fresh"

......

Memang ah.

Di kampung ada semua.

Walau kampung saya bukan kampung nelayan.

Tapi bekalan ikan bukan macam disini.

Saya rindu sedap-sedap ikan temenung.


*ikan temenung. Bukan lah ikan uji Rashid. Bukan juga iikan jaket. Nak kata ikan kembung. Saya pun tak tahu. Betul kah itu?

dan ikan itu bukan duduk termenung..HaHa. itu salah.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?