...sekolah kehidupan..

Tuesday, August 9, 2011

sedak

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Nombor satu.
Saya harap Tuhan mengampunkan saya untuk semua kesalahan saya. Semoga Tuhan sentiasa memberi saya perasaan bersalah. Dan menimbang baik dan buruk perlakuan dan lisan saya.
Kerana.
Saya seorang cikgu. Cakap seorang cikgu yang ikhlas mendidik adalah mustajab. Risau saya melukakan hati anak murid terlalu banyak.
......
Doa yang mustajab ada tiga.
1. Doa ibu dan bapa
2. Doa guru
3. Doa orang yang teraniaya.
.......
Nombor dua.
Pada saya tidak apa pelajar banyak melukakan hati cikgu. Sebab cikgu memang kalis luka hati. Mahu atau tidak mahu mendidik dengan sabar macam biasa biarpun hati rasa berendam sudah lama.
Tingkahlaku dan lisan memualkan. Adab baik dan hormat. Sudah tiada mahu di gunakan. Itu pun cikgu boleh telan. Itu lah saya dan semua cikgu.
Oh. Memang melukakan. Tapi. Siapakah tahu? Semua di luar nampak baik memberi tunjuk ajar tanpa ada sisa luka terhambur.
..........
Nombor tiga.
Saya berdoa sekarang. Semoga Tuhan membuka hati pelajar saya dengan banyak. Biar dia tahu erti kaseh seorang cikgu padanya. Biar dia tahu marah guru bukan berbekas geram sama dendam. Tapi untuk manfaat akan datang. Masa depan yang panjang.
Semoga Tuhan siramkan hati mereka dengan insaf dan pengaseh. Perasaan lembut dan mudah tersedar. Insaf dan berubah cepat. Hala ke perkara sopan yang baik baik.
Berhenti.titik..mengantuk ya rabbi.

Sambung lagi.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?