hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Tidaklah selamanya hati senang lenang dan gembira banyak
tentang hidup
tentang kerja
tentang anak didik yang di kaseh kaseh selalu
tentang esok yang belum tahu mahu jadi apa
hati tidak menjadi senang
tidak reti mahu dicerita
dan tulisan pun tidak menjadi
cuma seperti ini
libang libu mahu penyelesaian ke arah baik baik
saya menjadi terasa
hampa dan sedikit kecewa juga
bersalah dan semahunya mengembalikan ria
tentang anak didik
yang masih tidak tahu sebenar nilai
kaseh dan pujuk ajar dari siapa saja yang bernama cikgu
sebab di hati tersimpan sisa
sayang dan mesra
ramah dan usik
melihat laku dan akhlak pada kita
serasa mahu berkecewa lama
tapi rasa tidak kemana
sebab saya juga pernah menjadi budak
serasa yang dewasa perlu berdaya tidak berluka luka
kerana budak tidak reti berpatah balik berbaik
andai kita berluka hati tidak mahu berbaik
hari ini
saya membawa rasa tidak bagus ini
langsung ke rumah dan hati
memikirkan didik saya
tentang esok mahu bagaimana
serasa tidak boleh dan menyerah saja
biar saya mengajar tanpa berceria
kerana baik kita tidak di hargai pula
tapi
mendidik tanpa emosi
seperti terasa tawar dan hambar
seperti kasih umpama garam
tiada perisa. Betul. Dan tegak.
Hati pula menjadi kosong.
semoga tuhan sentiasa membantu saya
memberi saya pengajaran
dan sentiasa menyedarkan
memberi saya kekuatan
dan kesabaran yang banyak

2 comments :
aminnn!
tq nub..amin..moga hdup kita sntiasa d pmudahkan..
Post a Comment