...sekolah kehidupan..

Thursday, August 18, 2011

lupa mati mati

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Ini masih panas. Entri pagi yang sungguh saya lupa mati.
Nasib baik datang sekolah awal.
Dari rumah.
Bernawaitu mahu mengajar lillahi ta'ala
kemudian.
Bernawaitu mahu masukkan fail panitia saya ke bilik mesyuarat utama.
Nazir dan segala orang pendidikan mahu buat kerja pantau mereka.
Kebetulan matapelajaran saya banyak aktiviti.
Maka kena lah ini semua

saya telah lupa mati
tentang sesuatu yang penting pagi ini
kertas objektif pelajar spm saya
untuk semua kelas
tidak saya masuk dalam fail soalan yang mahu ditadbirkan
haish!

Saya tidak lupa
hari ini pelajar saya ada gerak gempur. Tidak lupa itulah.
Tapi telah lupa mati mati
nak sekali kan kertas mahu tanda jawapan.

Terus.
Melompat pergi unit peperiksaan
mencempung 2 kodi kertas bulat bulat [pelajar saya cakap kertas o.m.r itu bulat bulat]
langsung bergerak secara laju menuju ke semua tangga
kelas semua pelajar spm saya
di titipkan tanpa mahu kira kira bilangan lagi
saat genting
janji ada biar lebih lebih saya serta
haish!

Sekian kesah lupa mati.
Memang ketar lutut ingat kerja yang sudah di lupa mati
menanda kita buat kerja tidak sempurna
jadi kena bergerak pantas dari pentadbir soalan
supaya semuanya kena dan tidak menyusahkan orang

haish! Haish!
Minta maaf atas semua sulit dan salah.
Keroje banyak buat saya jadi lupa dan ralat
dua minggu ini
sekolah saya dan saya
memang tak menahan
tahap sebok sudah tidak boleh di ukur ukur.

Titik.

titik.

* mencempung : mendukung bukan macam dukung anak. Macam mana ya hah mahu
ia adalah loghat utara.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?