Entri yang bosan tak sangga. Isnin yang terkecah-kecah. Saya pagi ini kawad kaki ke sana ke mari. Membawa kerja orang yang tidak reti bertanya jika tidak reti buat. Maka. saya kena buat kerja orang yang tidak ada mulut mahu bertanya dan kerja orang yang tidak mahu belajar banyak. Duduk diam-diam atas kerusi selama dua minggu kemudian bila kita minta kerja suruh hantar. Dia bagi sesuatu hasil yang serupa taik. Intro ayat bunyi macam tidak menarik. Memang! ..... Saya juga buat bagi siap kerja orang. sekali dan dua kali. Bikin hati remuk rendam. Cuma airmata saja tidak jatuh. Jatuh dalam hati sahaja. Saya juga baru berpindah. Terkecah-kecah saya belajar semua benda baru. Belajar buat segala macam tugas ketua. Budak itu pula baru posting. Dia selesa duduk saja buat lewa kerja yang saya minta. Bila tengok hasil. Dia kata dia tidak reti buat. Saya sabar banyak bulan puasa ini. Mahu saja dalam hati saya cakap. "awak ini tiada mulut mahu bertanya?" Sudah dua minggu saya bagi masa. Alih-alih semua tidak kena di saat-saat saya mahu guna. Guru kanan mahu guna. Dan nazir mahu guna. Tugas setiausaha buat minit mesyuarat ikut format pun fail. Kalau tidak reti. Harus kita bertanya. Ye dak? Tamat. ...... Langsung kena hambur dia dengan guru kanan saya. Harap dapat dia ambil pengajaran. Bikin saya sakit hati secara banyak pagi-pagi. oh. Terkecah-kecah hal dia seorang. Kerja saya banyak lagi. Memang tidak menahan. Pada saya. Belajar. memang kena bertanya. Jangan duduk diam. Kelak jadi orang ketinggalan. Dan tidak menjadi serba tahu. Bukan kah itu sesuatu yang rugi. Dan Menyusahkan kerja orang. Secara banyak.
Monday, August 15, 2011
Beletiaq.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
dugaan masa berpuasa..... gitu la... sabo yee...
Post a Comment