hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Alhamdulillah. Lega dan seronok. Majlis bulan patriotisme sekolah saya bermula dengan baik. Sebagai ketua panitia sejarah memang patut saya cuak bila semua ini terbeban atas bahu saya.
Sebab saya muda.
Sebab saya masih cetek ilmu.
Sebab saya masih kena belajar banyak.
Sebab saya masih baru.
Sebab saya ini orang kecik saja.
Saya segan mahu berinterframe banyak.
Tapi kena bagi ucapan pula. Maka. Saya kena.
Saya rasa bersyukur banyak.
Bila banyak tangan tangan membantu saya.
Bila banyak tangan tangan memberi tunjuk ajar saya.
Bila banyak tangan tangan mengajari saya cara kerja baik.
Bila banyak tangan tangan ringan tangan dan idea.
Berkongsi sama saya.
Tuhan memberi saya kemudahan banyak dalam urusan kerja.
Saya gembira melihat cikgu yang bagus bagus
melihat cara kerja yang bagus
menjadikan contoh dan pengalaman banyak untuk saya sedut masuk
melihat cekap orang mengolah idea dan cara urus
oh. Saya tidak termampu.
Cuma boleh membantu sedaya mungkin.
Melicinkan kerja secara bersama.
Pada saya begini lah.
Kita memudahkan kerja orang.
Orang akan memudahkan kerja kita.
Begitulah.
Jika kita menyulitkan kerja orang.
Orang menyulitkan kerja kita.
Pilih lah mana yang mahu.

2 comments :
merdeka...merdeka... merdeka... apa mende la yang depa tu dok jerit merdeka... tp tak tau ape itu merdeka..... ntah le .....
biasalah pokcik..generasi muda kini terkinja2 melaungkan merdeka..tapi....pengisian merdeka adalah kosong sahaja...
erti penat. erti air mata. erti darah pejuang terdahulu bukanlah di jiwai dan difahami sedalamnya..
Post a Comment