Seroooott..sreeeetttt...bunyi seperti diseret kenderaan. Sebenarnya bukan. Hidung berhingus tanda nak selesema. Mata pedih pedih dan panas sudah ada tanda nak demam. Lepas itu bersin tidak payah cerita kelepung kelepang. Mau terpelanting hingus kalau tidak ada sapu tangan atau tisu. Satu intro tidak menarik pergi cerita pasal hingus dan bersin gaya bunyi senapang. Ah. Tensyen. Saya sudah mula rasa tidak sehat mau demam. Cuaca tidak menentu buat badan pun jadi tidak menentu. ...... Masih di sekolah. baru selesai kerja. ada lagi banyak buku tidak bertanda. Ini bikin hati rasa tergantung gantung. Macam buat kerja tidak selesai. Contohnya macam kita nak masak laksa. Baru saja rebus ikan. Sudah lah kena pergi mesyuarat dimana-mana jam empat petang. Maka. ikan rebus pun belum masak. Buka puasa jam 7.18. rasa macam tidak sempat buat kesemuanya. Rasa terkucas-kucas buat keroje. Kena kodek ke lain pulak. Sudah lah seroot dan sreeetttt...berhingus tidak menahan. HaHa. ..... Suara saya masa selesema rasa sangat sedap. Ada lemak-lemak disitu. Ewah. Harap masa bagi ucapan dihadapan perhimpunan senin nanti tidak saya bersin depan mikrofon. Mampus satu sekolah bergema suara bersin bunyi macam guruh panah pokok nyioq. Gila. ...... Ah. Dalam kepala sekarang balik sekolah sekejap lagi mahu masak apakah. Encik suami buka puasa seperti encik ayah saya pulak. Nak kueh. Tak nak nasik. Nasik boleh. Masak sedikit saja. [dia kata kalau makan nasik masa berbuka sekejap lagi malas bergerak nak solat terawih] Tapi. Dalam kepala. Sudah ada rencana. Mahu masak nasik lemak. Ayam bakar bermadu sekali lagi. Mau atau tidak mau. Jamu encik suami nasik juga berbuka puasa petang ini. Ampun.
Friday, August 5, 2011
Seroott dan sreeettt.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment