...sekolah kehidupan..

Sunday, August 14, 2011

“ Ha Tu Dia”


13 Ogos semalam hari lahir encik ayah yang semua anak-anak sayang. Selesai saja sahur. Saya mesej ucapkan selamat ulangtahun kelahiran encik ayah yang ke 61 dah tahun ini.

Tapi mesej itu diam saja sampai ketengahari.

Selalu encik ayah cepat balas.

Tapi mesej encik ayah dibalas pada waktu tengahari ucapannya macam ini:

" wkmslm! InsyaAllah slmt. Subuh tadi tak boleh balas mesej tamat tempoh"

Okay lah tamat.

.......

Hari ini encik ayah forward pada saya satu lagi mesej daripada anak beliau pada saya.

Bunyinya macam ini:

"Askum ayah..'happy belated besday' semoga dipanjangkan umur..semalam keje syif malam, tak dapat nak wish besday, balik keje tetido. Lupa nak mesej. Hehehe..."

Saya balas mesej Encik ayah dengan pertanyaan kenapa dia forward mesej kakak tembun saya pada saya?

Encik ayah balas: "saja. Aku nak bagi mu baca"

Selang tak lama. Encik ayah mesej lagi.

Bunyi macam sebuah pertanyaan sunyi. " sapa lagi nak balik ghaya ni?"

Saya terus menalipon kakak kedua. Tentang siapakah mahu balik beraya di rumah encik ayah tahun ini. bila sudah pasti. Maka saya pun mesej encik ayah semula.

"saya baru talipon kak jah tak sat. Dia pun balik. Yong pun balik. Saya pun balik. Yang lain-lain akan balik juga. Maka saya buat kesimpulan: SEMUA ANAK AYAH BALIK BERAYA"

Selang seminit dua. Mesej encik ayah masuk lagi.

Daripada dok mesej tulisan kecik-kecik. Terus dia bagi saya semua huruf besar.

Mesej encik ayah: "HA TUDIA!"

Saya gelak dalam hati.

......

Encik ayah kata dia mahu sembelih lembu dan itik nila. Sebab itu tanya siapakah mahu balik beraya di kampung. Maka saya tanya lagi. ayah mahu buat kenduri kah? encik ayah kata. Dia mahu buat mini kenduri.

Ahahha. Bila terpampang perkataan "mini kenduri" di skrin talipon saya. saya gelak dan fikir. Encik ayah saya sudah tua dan mula terasa sunyi.

Anak-anak duduk jauh dan masa beraya ini mungkin ketemu semuanya.

Bila sudah tua. Kita pun tidak jangka perasaan kita nanti macamana kah? menghadap anak-anak sudah besar dan ada hidup sendiri.

Mungkin kita juga rasa sedih dan tidak mahu berpisah.

Tapi inilah hakikat hidup dan berputar dan kena pada kita juga.

...

Kebetulan adik lelaki kecik saya akan daftar masuk university pada 7 haribulan September. Maka. mungkin encik ayah buat kenduri. Sekali harung dengan hari raya dan sempena kejayaan anak lelaki kecik encik ayah yang pada saya dia sungguh bijak dan baik.

Encik ayah seperti biasa. Suka meraikan kejayaan anak dalam bentuk kenduri syukur. Perkataan "HA TU DIA" dia pada saya tadi. Sudah cukup buat saya tahu. Hati encik ayah mungkin lega. Semua anak-anak encik ayah dan puan emak balik. Mesti meriah dan seronok.


0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?