Malam tadi. Encik suami demam panas. Tidur pun sudah tidak cantik. Melilau saya mencari tuala kecil menjelum kepala dan badan beliau. Uhui. Jam dua pagi baru saya dapat tidur. Sejuk sikit baru dia dapat tidur lena. Kasihan. ................................................. Hari ini sudah jumaat. Selamat berjumaat. Ish! Awat hati rasa tidak syok? Istighfar sahaja. ................................................. Hati rasa tidak syok. Ingin sekejap menjadi doremon. Buka pintu masuk pintu itu masuk pintu ini. Sampai destinasi. Buka lagi pintu. Sampai lagi destinasi lain pulak. Harap-harap dalam perjalanan tidak terjumpa tikus. Dan membawa bekal kuih dorayaki dua tiga tupperware supaya tidak lapar di tengah jalan. [gaya mahu berjalan jauh. bawak bekal makanan dua tiga tupperware] Atau doremon yang boleh masuk dalam laci. Sampai juga ke destinasi. Tapi tidak mahu lah saya yang ada kipas atas kepala kemudian terbang. Itu akan menjadi perhatian orang. Kalau masuk ikut pintu-pintu. Dalam bilik pun boleh buat pintu. Tidak nampak oleh siapa-siapa. Saya mahu pergi cari jawapan yang pasti. Rasa macam hai. Bila boleh saya tahu. Selamat tinggal ayam masak paprik. Baru saja masak. Rasa tidak laku jika saya menjadi doremon. Doremon bawa bekal dorayaki. .............................................. Ish! Apahal mahu jadi doremon. Lagha sungguh! Pergi solat sekarang! Okay. bye. Plink! p/s: hati rasa tidak syok. Kenapakah?
Friday, December 10, 2010
Tidak syok
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
kenapa tidak syok ya cikgu iman, harus ada bekal cool fever tuk encik suami hehe
Post a Comment