Hai blog. Hai juga pada kawan-kawan. Uhui. Rindu untuk menulis. Sedang cerita penuh dalam kepala. Saya tidak lah ada peluang banyak mengadap laptop comel setiap hari macam zaman bujang dua minggu lalu. [HaHa. Dua minggu lalu masih bujang. Sekarang sudah menjadi hak orang] ............................................................... Selamat petang. Saya sedang menunggu encik suami pulang kerja. Saya baru sudah siapkan makanan petang. Bikin kuih samosa. Sudah juga membasuh baju semua untuk kali ketiga. HaHa. Ingat mahu menulis sesudah memasak makan tengahari. Tiba-tiba. Mata terpandang setambun baju semalam belum berlipat. Ahhh! Kena lipat baju dulu. [iman sedang melipat baju? Ya. Ya. Silalah percaya. Tidak boleh tidak. Kenalah belajar lipat baju okay? ini bukan zaman bujang] .............................................................. Mahu menulis sesuatu. Cukuplah tensyen secara banyak bila. TIDAK INGAT KATA LALUAN. [pelik kah guna kata laluan. Maka saya ubah. PASSWORD] Saya ini memang cukup lupadengan sebaris perkataan yang saya reka sendiri membentuk password. Bila sudah banyak password. Maka saya lupa. Ish! Geram tak menahan. Cukup suka lupa adalah password email. Password mukabuku juga. Password email lah kerap kalinya. Dua tiga email saya memang sudah tidak boleh buka. Nak-nak saya akan buat satu buku catitan kecil untuk menulis password apakah. Email untuk blog satu. Email untuk sosial satu. Email untuk rasmi satu. Ha kau. Memang saya lupa banyak. Mahu campur aduk semuanya. Saya tidaklah mahu. Saya sungguh serabut banyak. Maka. Ada tiga. Yang selalu lupa. Email sosial. Email rasmi pun sama. Ah. Sungguh tensyen. [tinggal tiga setelah yang lain saya langsung tidak ingat apakah nama. Gasaklah. Buat baru] Bila ada email penting. Mencanak kepala otak saya mencari jawapan apakah katalaluan saya hah? Pernah zaman belajar. Email untuk fakulti saya tidak ingat. Ha kau? Tiba masa untuk daftar kursus. Menonong-nonong saya ke unit ehwal pelajar. Mahu reset semula password. Ngok. Ish! Mahu saja saya ubah katalaluan semua menjadi sama belaka. Kawan kata tidak bagus. kelak semua boleh di ceroboh. Entahlah. p/s: tengah-tengah memasak. Mencari gunting tidak berjumpa. Padahal baru sekejap sangat guna. Puan ibu mertua kata. Jika lupa. Ucaplah Subhanallah. hendakNYA akan jumpa semula lah dengan tidak disangka-sangka. Saya amal kan sahaja.
Wednesday, December 8, 2010
Tidak ingat
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
best tak duduk ngn ibu mertua....hihi bila dapat taw kepuusan tukanye...ain doakan kak ain berjaya
salam, iman...saya pun sokmo lupe password, tapi kite leh jawab soklan spesel yang kiter wat tuk tukar balik pasword tuh....kalau tak tau jawab gak...wat email baru ler lagi...hik2..
kalau komputer sendri bagus utk set save password..;)
Post a Comment