...sekolah kehidupan..

Tuesday, December 21, 2010

Ha. Macam ini lah hidup.

Mari saya tulis sesuatu.

Kelak menjadi ingatan buat saya. buat orang lain juga.

Dalam hidup kita. Jika dia menjadi api. Kita pulak menjadi air. Janganlah jadi api keduanya. Kelak membakar diri. Apa satu pun tidak jadi. Dan hancur sahaja.

Beralah lah banyak. Biar lah. Mengalah bukan lah bereti kalah. Kadang-kadang cara itu kita dapat juga menundukkan ego orang. Menjadi hormat kan kita.

Kadang hati jadi macam syaitan. Asyik mahu menang sahaja. Maka elok sangat istighfar banyak. dok diam. Walaupun hati tengah bengkak sungguh. Rasa marah menyala.

Hish! Nak marah pun tidak berguna. Lagi kita menang lagi lah kita menjarakkan hubungan. Merenggangkan ukhwah. Maka. Istighfar. Dan lupakan.

Saya. Dia. Awak. Kamu. Atau mereka. Sudah pasti tidak lari ini. kadang mahu perhatian. Kadang mahu ada masa kita. Kadang mood tidak cantik. Penat. Letih. Banyak dalam kepala. Dan hidup tidak semuanya manis-manis.

Bila cakap tidak semuanya manis-manis. maka ada masam. Ada cuka. Ada kelat. Jadi tidak semua orang boleh penuhi kita. Maka sabar banyak. sila sabar banyak.

Hari-hari nak mood tidak cantik. Hari-hari nak mood rasa bengkak. Hari-hari nak mood rasa tidak puas hati. Hari-hari nak mood masam muka. Hari-hari tidak lah mahu melepaskan apa yang disimpan dalam hati. Marah semalam belum siap selesai. Tidak boleh lah macam itu gaya.

Maka. Kita ubah sajalah. Maafkan orang. Tidak apalah itu hal dia. Dia sudah begitu. Jadi kita jangan begitu macam dia. Terima saja seadanya.

Tidak puas hati banyak mana. Bila mood masing-masing sedang cantik. Bila sedang manis-manis. Cakap lah. Bukan tidak boleh. Akan di dengar juga.

Tang marah semua nak cakap. Tidak boleh. Masa itu ada syaitan tanduk-tanduk. Masa itu muka tidak manis. Masa itu ayat yang keluar tidak manis. Masa itu emosi sedang nombor satu. Maka. Jangan cakap.

Kalau boleh menangis. Silalah jika boleh reda marah dan sakit hati. Esok bangun pagi sudah baik. Sebab masa tidur. Belajar maafkan orang. Bangun pagi kan sudah boleh menjadi baik dan bercakap baik-baik.

Ha macam itu lah hidup. Tidak lah selama-lamanya boleh harap orang penuhi kita. Kita kena penuhi orang dahulu. Baru tidak apa. Dan orang pun boleh penuhi kita.

p/s: orang yang paling kuat adalah orang yang boleh menahan dan mengawal rasa marah.



iman dan ulam..begitu dasyat kah?