Selamat malam. Baru sudah sibuk-sibuk menolong encik suami menyediakan goodies bag. Sungguh banyak tidak boleh blah. Hey! Saya sangat sukakan telur pindang. Sangat sedap. Dan ada rasa herba. Suka sungguh. Titik.
...........................................
Esok.
Saya menanti seseorang.Yang membawa makna besar dalam hidup saya.
Huhui! Encik ayah dan puan emak akan bertolak ke Johor Bahru. Saya seronok. Saya tunggu kedatangan anda. Saya sangat merindui anda. HaHa. Seronok.
[tadi. Mengingatkan encik suami. Jom lah! Ajak dia temankan saya. Membeli jam tangan baru. Sepasang. Buat encik ayah dan puan emak. Esok. Saya kasi]
Sebenarnya. Saya rindu. Malam tadi menangis seorang-seorang. Tidak boleh tidur malam. Hantar mesej pada encik ayah.
"ayah. Sihatkah anda?"
"saya teringatkan anda"
"dan minta ampun maaf untuk semua salah saya"
Plink! [satu mesej dihantar]
Plink! [satu mesej diterima pula] encik ayah membalas.
"sudah tido"
......................................
Kecewanya. Itu sahaja balasan encik ayah. Ya lah. Tidak lah beliau larat melayan jiwang si anak yang sudah jadi isteri orang. Menghantar mesej jam dua belas setengah pagi.
HaHa.
Tidak apa. Esok jumpa. InsyaAllah.
p/s: Tuhan. Berkati dan kurniakan keselamatan ke atas perjalanan orang tua saya. amin.

0 comments :
Post a Comment