...sekolah kehidupan..

Thursday, December 9, 2010

Suri yang sungguh suri

Nota ini ditulis pada jam satu tiga puluh tengahari. Hari khamis. Dalam tahun dua ribu sepuluh haribulan Disember, Sembilan.

Menu baru. Hari ini puan ibu mertua saya mengajar saya masak lemak cili api labu [ini kegemaran beliau]. Semalam beliau mengajar saya masak asam pedas Johor.

Menu saya mudah saja hari ini. Saya memasak sweet sour ikan bawal. Sambal tempe. Rendang Tok daging. Dan Ayam goreng bersalut tepung. Tambah satu menu kesukaan puan ibu mertua. Labu masak lemak cili api.

Terasa banyak. Tapi mencapai target. Selesai memasak jam dua belas tengahari. Saya kan sebulan ini menjadi suri. Suri yang tidak lawak-lawak. Suri yang sungguh suri rumah.

Tamat kelas memasak.

.....................................................................................

Oleh kerana wireless di rumah encik suami sungguh macam ini gaya. Internet telah mati. Tidak molek pulak. Tambah lagi broadband saya juga tidak boleh disambung. Saya menjadi begini.

Rasa lemah gemalai tidak lah boleh melihat alam maya di ruang siber sana. Tidak lah boleh secara langsung saya merenung blog. Kecewa macam di tinggal kapal terbang pulak.

Ingat mahu berehat sekejap bersama kit kat blog. Tapi. Terasa macam cendawan lecur melihat internet tidak boleh di sambung. Sudah lah dirumah tinggal saya dan puan ibu mertua saja. Encik suami pergi kerja. Jam macam ini gaya kan waktu rehat.

[maka. Puan ibu mertua rehat dan solat. Saya rehat dan solat juga. Nak main internet lah]

[jumpa petang ini ye mak. Kita buat jemput-jemput bilis. Ahai! KahKah]

HaHa. Kecewa sungguh. Bila ingat tak ada wireless pun tidak apa. Ada broadband. Tapi. Broadband pulak tidak boleh juga. Hai. Harap kan pagar. Pagar juga sudah roboh. Cis!

Kecewa sungguh hati suri rumah yang mahu melepaskan penat lelah setelah menjadi suri secara bersungguh.

Tamat kelas internet mati.

....................................................................................

Sekarang sudah okay! sudah saya siap menggodek suis. Plink!

p/s: Oh. Begini lah hidup hari-hari. Menunggu encik suami balik kerja. cikgu cuti sebulan. Hai. Cepat pulak masa berlalu.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?