...sekolah kehidupan..

Thursday, December 2, 2010

Sekali sekala jadi diari

Selamat hari khamis. Selalu jika saya sedang di Langkawi dan sedang bertugas. Hari Khamis adalah hari yang di nanti. Maklumlah esoknya kan jumaat. Jumaat kan cuti. Ye dak? Kemudian sabtu. Sabtu kan cuti lagi. Ye dak? [macam itulah. negeri padi cuti jumaat dan sabtu]

Sekarang.

Bulan dua belas sudah ye dak. Cuti sekolah. Saya tiap-tiap hari melompat gumbira cuti tidak kerja. KahKahKah.

....................................................................

Tiba-tiba saya rasa blog saya jadi diari pulak. Sekali sekala ye dak. Jadi diari sekejap.

Saya sudah buat templete baru untuk blog saya. Tapi rasa tidak kena pulak. Hish! Mana saya reti cari koding nak tambah ruang masa dan ejas-ejas itu. Saya rasa dewasa sikit template yang baru itu.

Tengoklah. Bila ada kekuatan. Saya guna itu semula. Encik suami kata itu simple sahaja. Tidak serabut banyak. Nampak matang sikit. Sudah kahwin kan? KAHKAHKAH. Tidak menahan komentar dia itu.

Kawan-kawan pulak. Ada yang suka. Ada yang tidak suka. Saya? saya berbelah bahagi. Nampak macam tidak cun. Sekali nampak okay pulak. Mahu cari yang kena gaya dan kena dengan kita. Rasa macam payah jumpa. Mahu tukar. Rasa sayang pulak.

....................................................................

Khamis ini. Keluar dengan puan ibu mertua. Abang ipar. Dan encik suami. Melilau satu johor bahru. Mencari barang untuk kenduri di sini pulak dan menghantar jemputan. Terasa harmoni sungguh. HaHa. Kemudian. Sungguh letih kaki dan mata.

Nasib baik. Balik saja ke rumah. Puan ibu mertua kata. Kita rehat saja. Tidak payah masak. Kita beli. Terima kasih mak sebab sungguh cenggini gaya. Huhuit. Saya sudah belajar makan nasik ambeng. Ha kau. Ini saya baru kenal apakah itu nasik ambeng. Ada dalam bungkus-bungkus meh?

Saya sudah nampak nasik ambeng yang dalam satu talam besar itu. rupanya tidak. Itu lain.

........................................................................

Saya lenguh belakang. Sakit perut. Tolong. Perempuan. Setiap bulan memang kena begini kah?


p/s: Saya akan guna templete baru bila saya rasa sungguh kena. Rasa masih belum serasi banyak. Tidak pula ada ruang masa yang menyatakan waktu mengepos entri. Puas saya godek dekat koding. Tidak jumpa. Tidak reti.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?