Tuhan sedang menarik nikmat hidup saya. Pada saya di harapkan Tuhan jadikan ini sebagai kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa saya. Ini ujian sikit sahaja. Saya sedang sakit. Tadi. Doktor sudah mahu menahan saya di ward. Saya tidak mahu. Sebab saya sedang fikir. Saya akan menyusahkan orang untuk meneman saya pula. Kemudian. Esok. Kalau ikut jadual. Saya akan pulang ke utara. Saya sedang sakit. Berdiri saja boleh bikin tumbang. Semua pandangan jadi gelap. Sakit perut menjadi-jadi. HuHu. Saya pengsan. Bersama-sama sakit ini. Saya ada banyak kasih dan sayang. Air teh penuh cinta encik suami dan bubur nasik yang penuh prihatin sang ibu mertua. Bila saya ucap terima kasih pada beliau. Puan ibu mertua senyum saja. Katanya dia sudah biasa dengan anak-anak sakit. Begitu lah. Saya tidak boleh bercakap banyak. Mata sudah kuyu masa itu. Dengar hujung-hujung sahaja beliau berbegitu. Tuhan. Terima kasih sebab mengurniakan saya dua insan ini. Menjaga saya dengan baik. Moga Tuhan membalas mereka dengan sebaiknya. Tadi. Semasa encik suami sedang memandu. Membawa saya ke hospital. Puan ibu mertua di sebelah saya. Menangis. Saya tidak boleh cakap apa dah. Mata cuma boleh pejam. Mulut tidak boleh cakap apa. Tapi. Hati kecil boleh. Hati saya boleh bersuara. Hati masa itu berkata: "Tuhan. Terima kasih mengurniakan saya dua insan ini. Berkati lah hidup mereka. Mereka sungguh baik" "Saya ada orang yang paling baik dalam hidup saya selepas kedua ibu bapa saya" Plink! Saya terus malap. Sedar saja sudah sampai di hospital. SAYA ADA KASIH SAYANG YANG BANYAK. terima kasih Tuhan. p/s: bila sudah kahwin. Maka. Hidup bukan lagi macam bujang. Makan kena jaga. Kalau dulu saya main bedal saja bila pun rasa mahu makan. Sekarang sudah tidak boleh. Bikin sakit. Makan kena ikut masa. Sarapan sungguh kena. Dulu. Tak sarapan pun tidak apa.
Thursday, December 23, 2010
Saya ada banyak kasih sayang
Bubur nasik yang penuh kasih seorang puan ibu mertua. Terima kasih mak bikinkan bubur nasik ini.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?



4 comments :
get well soon..
thanks r0snie..insya Allah..everything will be fine..
selamat cepat baik...best tul dapat mentua cenggitu~~
Gorengbaek - Imam Mahdi pernah muncul di Mekah??
Hangit habis dah - Gila ko!!!Along Nak berenti berblog??!!!
cikgu...kenapa dalam perut tu? sy risau.. harapa cikgu cepat baik.
Post a Comment