Salam sayang semua. Malam jumaat ini rasa macam syahdu-syahdu. Usai baca yassin maghrib tadi dengan encik suami hati rasa macam mahu menangis banyak. [teringat encik ayah banyak sungguh. Di rumah zaman bujang. encik ayah mengetuai bacaan ini. Sekarang encik suami jadi ganti membaca surah ini bersama saya] Titik. [tak mau dah cerita sedih] ................................................ Hari ini mahu tulis lagi. Tentang sesuatu. Sebagai manusia. Kita kena cakap baik-baik. Ucap perkara baik-baik. Supaya di sekeliling kita ada aura yang baik-baik sahaja. Dan semuanya positif sahaja. Baru semuanya menjadi baik dan tidak ada yang tidak bagus. [apa kena kau iman?] Saya hairan dengan sikap orang kadang-kadang. Hey. Tidak kira engkau pangkat apakah. Engkau kena cakap baik-baik tahu? Pada saya satu sahaja di Malaysia ini. Kadang-kadang si kerani pun belagak macam tuan direktor. Kadang-kadang si tuan direktor pulak yang rendah diri dan bercakap baik-baik dengan kita. Tapi. Kalau tuan direktor yang bercakap tidak baik tidak apa. Sebab dia tuan direktor. Sajaklah dia megah dengan pangkat yang dia ada. Besar sama bongkak. Kena.[ada pasal lah dia mau megah]. Tapi kalau besar dan rendah diri lagi afdal dan kena. Rezeki dan hidup dia berkat banyak. Tapi. Kalau kerani cabuk sahaja. Atau tukang jawab talipon. Berlagak dengan orang yang berurusan. Itu namanya memang pendek umur. Sebab dia kecik atau tukang jawab talipon. Tidak lah sajak dia dia megah banyak dengan pangkat yang dia ada. KECIK SAMA BONGKAK. Tidak kena. Tapi kalau kecik dan rendah diri memang afdal dan kena. Rezeki dan hidup dia berkat banyak. [mari bersifat mahmudah dalam kerja] Kita kena lah tahu bercakap baik-baik dengan orang. Mana orang yang datang berurusan kenalah layan baik-baik. Sebab itu kerja kita. Ye dak? kalau tidak kerja kita pun. WAJIB juga cakap dengan siapa-siapa pun kena baik. Jangan lah cuma pakai segak-segak dan cantik-cantik. Bedak banyak. Mulut merah terang. Atau bertali leher segak. Mai tang nak bertugas dan melayan orang berurusan. Guna ayat tidak molek. Kenalah jaga hati orang berurusan. Kelak. Orang menyumpah anda. Haruslah anda menjadi pendek umur kalau cenggitu gaya. Tamat.
Thursday, December 9, 2010
Kecik sama bongkak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
barisan hadapan harus mempunyai sikap terpuji tmbh2 yg di kaunter....kdg2 sebal jea
sgt stuju dgn anda...haruslah mnyopankan diri..
Post a Comment