Selamat tahun baru ke hadapan! [apo keno ko jang? HaHa. Sudah tidak sabar mahu bertahun baru 2012 nampak ke gaya. 2011 belum.] Tidaklah. Saja saya tolong ingatkan diri. Tahun baru tinggal lima hari saja lagi. Huhui. Dasyat masa berlalu. Ye dak? Mula-mula. [mari ini]. Syukur lah. Hidup kita sampai dah nak habis tahun 2011 dah. MasyaAllah. Tuhan limpah banyak rezeki. Bernafas sampai sekarang. Alhamdulillah. [tu dia..2010 baru nak habis. haku pergi taip 2011 dah] .................................................................... Bila mula sekolah. Mula pasang niat. Hish. Mesyuarat guru kelak. Apa lah jawatan dan kerja yang akan kena galas. Untuk setahun-setahun yang berjalan ini. Menjadi cikgu. Bukan sahaja mengajar ya tuan-tuan puan puan. Menjadi cikgu. Banyak kerja pentadbiran juga. Tugas-tugas lain juga. Itu yang mengkalut kan harian dan tugasan sorang-sorang cikgu. Tapi tidak apa. Anggap kerja adalah ibadah. Semua nya boleh saja dilaksana. Ikhlas kan hati sudah. Sekejap. Mahu bagitau ini. kalau menjadi cikgu kerja Cuma setakat MENGAJAR sahaja. Saya rasa semua cikgu akan menjadi insan paling bahagia. Mahu melompat setinggi awan. Tahu? Boleh tumpu pada pengajaran sahaja datang sekolah hari-hari. Kerja lain satu haram tidak payah buat. Kan bagus? Mengajar sahaja. Tumpu akademik pelajar sahaja. Kerja pentadbiran semua ada kakitangan urus. Ha kau. Bukan kah dunia milik kita kalau cenggitu gaya. .................................................................... Bila mula sekolah. Mula pasang angan-angan. Macam mana rupa lah budak-budak sekolah tahun hadapan ini. Macam mana perangai. Macam mana sikap. Lain tahun. Lain perangai pelajar. Masa ini. lazimnya. Awal-awal tahun semua nya bagus-bagus. Maklumlah baru mula sekolah. Azam baru berkobar banyak lagi. Lama-lama jumpa kawan banyak. Jika kawan baik. Jadi baiklah. Jika kawan tidak baik. Gasaklah. Hurm. ..................................................................... Bila mula sekolah. Saya sudah pangkah kalendar tengok cuti. HaHa. Tidak lah. kalendar memang sudah wajib ada. Encik suami sudah pun memberi saya kalendar 2011. Ini sudah bagus. Saya kan suka kalendar [klik sini] Satu kalendar rasa tidak cukup. Kena cari lagilah. ..................................................................... Bila mula sekolah. Hish! Cuti lama-lama bikin malas banyak. Mahu mulakan sesuatu terasa sungguh bergerak lambat dan sakit pulak. Macam sakit untut. Kahkah. Hai. Mahu panas kan enjin kerja. maka. Keluarlah entri mula sekolah ini. Konon-konon panaskan enjin mahu mula kerja. Cuti satu bulan lebih. Bersyukur banyak. tiba-tiba terasa mahu sambung belajar semula. Apa-apa pun harus bertukar tempat kerja dahulu. ....................................................................... Bila mula sekolah. Saya sudah mahu booking tiket flight siap-siap. HaHa. Apa kena kau iman? HiHi. Saya sudah siap mental dan fizikal menghadapi stress kerja dan segalanya. Moga semuanya mampu saya dan mereka semua dapat hadapi dengan bagus-bagus. Biasa lah. Kalau kerja tak ada stress. Tak ada pulak cabaran. Ye dak. itu lah asam garam. Kerja apa pun. dok saja pun boleh stress! p/s: setiap tahun cabaran tidak sama. Tahun depan tidak berapa hari lagi. Rasa tahun depan ini. cabaran lagi berat dari tahun ini. betul. Macamana mahu buat? Hadap sajalah. fikirkan positif!
Sunday, December 26, 2010
Bila mula
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
2012?... awalnye...
"..Hidup kita sampai dah nak habis tahun 2011 dah..."..
adakah pakcik ketinggalan keretapi?.... adakah sejak ketiadaan pakcik dalam mengapdet blog menyebabkan pakcik sekarangn ih berada di penghujung tahun 2011...bukan 2010?... arghh.. gawat sih.....
kahkahkahkah..sy silap taip lah pokcik....
Post a Comment