Saya taip entri ini dengan senyum yang lebar-lebar. Sikit pun tidak mahu berhenti senyum. Senyum lama-lama dan panjang-panjaaaaaaaaaaaaanggg. HaHa. Tapi lenguh pulak otot muka asyik senyum saja-saja sambil menaip. mahu senyum lebar-lebar macam gambar zaman bujang dan terbang dengan senang hati. dari kiri: teman serumah saya. saya. kawan sekolah saya. [kesimpulan: semua adalah cikgu] [hang mereng ka iman?] hu. tak lah. cheq rasa lega hari ini. Berhenti senyum sekejap. Kemudian sambung senyum lebar-lebar. HaHa. [saya mahu senyum lama-lama tanda seronok dan bersyukur] Tuhan sungguh Maha Mendengar rintihan hambaNya yang sedang meminta. Maka. Ucap syukur dulu. Thankyou to Allah Azzawajalla dengan semua ini. ..................................................................... Oh. Tuhan. Tuhan saya. Tuhan yang Esa untuk sarwajagat alam ini. Saya tidak ada kuasa lain selain ANDA. Yang ada untuk menolong dan mempermudahkan hidup saya. Saya hanya cuma tahu berusaha. Saya hanya tahu bersuara dan meminta-minta ANDA. Saya adalah selemah-lemah hamba. Yang cuma merintih susah dan meminta ANDA mendengarnya. Terima kasih TUHAN. Kerana mendengari saya. Semoga Tuhan sentiasa melindungi saya. Dan tidak membalikkan hati saya setelah memberi hidayah. Amin. Tamat. ......................................................................... Selamat tinggal dan selamat datang. Hidup akan lebih mencabar banyak. Saya kena belajar memandu semula di jalan raya yang sibuk tidak menahan setelah sekian lama saya peram lesen memandu menjadi jeruk. p/s: terima kasih juga untuk semua doa kawan-kawan. Saya bersyukur kerana ada doa anda untuk saya juga.
Monday, December 27, 2010
Senyum lebar-lebar.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
ceqq senyumm sampai ke blakang tengkuk dah ni haa.
hahak
hg ni nub...menakutkan aku ja..smpai blkg tgkuk nu hg senyum ha..haha...
Post a Comment