...sekolah kehidupan..

Tuesday, December 28, 2010

Setakat sekarang kotak dan lori

Sesuatu yang saya tunggu.

Saya sedang menunggu sesuatu perkataan di atas kertas. Eh. Saya sudah di langkawi sekarang. Esok akan bermeeting guru untuk apa saja permulaan kerja dan tugas bagi tahun 2011.

[boleh tak jangan tulis benda yang bosan seperti di atas. Kerja.kerja.kerja]

HaHa. Hey! Saya baru mahu mula kerja tahu? Cuti sekolah sebulan lebih ini melangak seronok tak hingat-hingat. Sekarang kena kerja lah.

Tetap nak tulis jugak. ESOK MESYUARAT GURU BAGI SESI 2011. Dan saya tengah tunggu........ Titik cepat-cepat.

............................................................

Kotak.

Esok rabu dah. Maka. Saya nak kena buat apakah. Saya kena cari kotak banyak-banyak. Mana saya nak cari kotak banyak-banyak? Saya nak kotak cantik. Kemas. Macam kotak A4 paper Indah Kiat. Mulai esok akan saya culik kotak cantik dan kemas dari sekolah yang sudah tidak ada isi dan guna.

Nak buat apakah?

Adalah pasal. Jangan tanya.

..............................................................

Lori.

Saya nak kena cari lori juga. Bukan lori besar. Bukan lori kecik kemetot sangat. Macamana nak dapatkan lori macam yang saya mahu? Hish~ saya memang nak kena sedia lori sebijik. Mulai esok saya akan cari lori yang boleh faham kehendak saya.

Nak buat apakah?

Adalah pasal. Jangan tanya.

.................................................................

Kuali puan ibu mertua dua macam. Pinggan Correll kakak enam macam. Dan. Corning ware kawan encik suami lima macam.

Saya nak kena cari barang yang disenarai diatas. Inilah kerja yang saya kena cari bila balik saja ke Langkawi. Mereka pesan barang ini. Saya sedang tak ada kenderaan mahu pergi. Maka. Saya kena berusaha.

Maklumlah di sini. Harga tiada cukai. Maka berbelanja sakan-sakan.

.............................................................

Lega.

Saya nak kena cerita juga. Bila ada masalah. Kena luah. Kalau dok diam sorang-sorang. Air mata turun banyak-banyak. Maka. Jangan membazir air. Mulai esok. Anda pun kena macam itu. Sila tenangkan hati. Berceritalah pada orang yang anda senang. Dan mendengari anda.

Kelak.

Hati dan perasaan anda lega banyak.

Tamat.

p/s: jumaat sabtu ada apakah? Saya dok tunggu perkataan. Setakat sekarang kotak dan lori kena dulu.

6 comments :

Rossnie said...

ehe..i'm hepy for u too :)

pensil iman said...

tq rossnie..-)

Along Tapa said...

lori, kotak...aku ternampak perkataan pindah...ye ke?? :p

Gorengbaek - Sebab-sebab berlakunya kes pembunuhan terlampau

Hangit habis dah - Perihal kereta...macam-macam...

Unknown said...

perghh langkawi!

kampong ceqq

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

cikgu...selamat bermeeting esok hari!!

pensil iman said...

tapa: anda sungguh nujum ya....:)

nub: kg hang ka? Ceh..balik mai la...

Yuyun: tq...meeting yg bohsan.


iman dan ulam..begitu dasyat kah?