...sekolah kehidupan..

Thursday, December 16, 2010

kisah romis ini

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
ini kisah pagi romis.

Selamat pagi romis. Hai dak iman. Sila kau eja perkataan romis tu elok-elok sikit hokay. HaHa.

Selamat pagi khamis semua. Ini kalau sedang bertugas cikgu di Langkawi. Kalau kena hari khamis sungguh syok. Sebab jumaat sudah cuti. Haish. [mari lah membiasakan diri sebab cuti sekolah sudah mahu habis. Maka. Elok lah membiasakan diri. Ye dak?]

.........................................................

Pagi khamis yang baik.

Mari kita doa.

Satu.

Tuhan. Permudahkan lah hidup kami. Amin.

Dua.

Tuhan. Kurniakanlah kami rezeki yang halal dan baik. Amin.

Tiga.

Tuhan. Janganlah perbalik kan hati kami setelah Engkau memberi hidayah.

Amin. Ya rabbal alamin.

....................................................................

Hup! [senaman pagi. Lama sungguh saya tidak berjoging atau bersenam berlari melompat apakah. Hai. Entahlah]

Hey. Kawan-kawan tidak kira di mukabuku atau di blog saya ini. usik saya dengan perkataan "bunting pelamin". Hu. saya belum lagi membunting. Saya tertunggu-tunggu juga. HaHa.

Menjadi kawan tidak sah lah jika tidak di usik secara banyak dan bersungguh saat baru bernikah. Kadang-kadang tidak tahu lah mahu menjawab persoalan bagaimana. Sakit sedikit di kata bunting pelamin.

Senak perut sikit. Di kata bunting pelamin. Perut masuk angin lantas tidak selesa banyak juga di kata bunting pelamin. Tidak sehat sikit di katakan bunting pelamin juga. Haish. Haish. Haish.

Alahai.

KALAU BUNTING BETUL-BETUL kan bagus? jimat masa saya jika betul-betul bunting pelamin.

Bunting sekarang. Bulan sembilan ada anak. Cuti berpantang dua bulan. Bulan sepuluh dan sebelas. lepastu lajak cuti bulan dua belas. ha kan banyak cuti saya?

[bulan dua belas kan dah memang cuti sekolah. ha kau? tak menahan cuti saya. banyak tidak boleh blah]

Ayuh. Mari tambah doa.

Empat.

Tuhan. Kurniakanlah kami zuriat yang baik dan soleh solehah. Amin.

....................................................................

Dua minggu sudah tidak bertanya kabar encik ayah. Tidak menahan rasa mahu balik jenguk. Buka sekolah nanti. Saya balik rumah encik ayah dulu sebelum terbang ke langkawi.

Tamat kisah pagi romis. Eh. Khamis.

Babai.

p/s: puan ibu mertua bercakap-cakap tentang kesedapan masak lemak nenas. bunyi macam mahu saya masak lemak nenas. Baik lah mak. saya faham.


2 comments :

yanamib said...

nice doa =)

zety said...

moga allah cepat cepat makbulkan doa orang yang bercakap tu.hehe.


iman dan ulam..begitu dasyat kah?