Saya tidak sehat. Sudah dua hari. Macam ini ini juga. Tidak tahu lah salah makan apakah. Perut tidak selesa. Mahu saja saya menangis. Tapi air mata macam tidak sudi keluar banyak. keluar setitik dua titik tiga titik empat titik sahaja. [tidak banyak titik]. Mungkin sebab mahu saya bersabar dengan perut tidak selesa ini. Haish~ mahu macamana baru sembuh? ........................................................................... Saya bersyukur banyak sebab dapat emak orang yang sungguh bagus dan memahami saya. Saya rasa selesa dengan ibu mertua saya. Sudahlah comel. Bergaya cool dan memahami anak. Saya sungguh mengkagumi beliau.
Ini entri adalah dedikasi untuk puan ibu mertua saya. [sebulan ini dengan puan ibu mertua. Saya sudah macam-macam di ajar masakan johor terutamanya]
Syukur. Masalah itu tidak ada pada saya.
Hai semua.
Usia saya 28 tahun ini juga. Saya mengambil anak laki-laki orang. Untuk hidup dengan saya sampai akhir hayat pulak. Jadi. Tidak boleh kita mengaut kasih sayang untuk kita-kita sahaja. Kita kenalah mengaut kasih sayang semua. Seluruh ahli keluarga. Berperilaku baik. Menyembah kasih sayang banyak pada orang yang bernama ibu mertua.
KASIH KENALAH KEDUA-DUANYA. [kasih pada ibu bapa kita sendiri. Kasih juga pada ibu mertua] dan berbaik dengan seluruh ahli keluarga.
Encik suami saya sudah tidak ada ayah. Tidak sempat pun saya mengenali beliau. Ayah mertua saya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Sebab. Dia ibu suami kita yang sudah kita ambil. Jadi. Janalah hubungan yang baik.
Dia ibu suami saya yang sungguh baik hati. Memahami. Yang paling tidak tahan. Sungguh comel pulak. HaHa. [suka ini]. orang tua-tua kelihatan comel tahu?
Paling kuasa saya mahu ialah: Mendengar nasihat dari dia. Sungguh cool. Gaya ibu yang mahu saya dengar suara nasihat dari dia sejuta kali pun tidak apa. Sama macam nasihat encik ayah dan puan emak saya di kedah sana.
Hey. Kadang-kadang kata orang tua. Tidak lah pernah kita sangka dan tidak pernah sangka kita dengar. [maklumlah. Sudah banyak garam dari kita]. Kadang-kadang. Eh. Dalam hati. Emak cakap macam ini. Tidak pernah selamanya saya mendengar begini. Terasa bertambah satu ilmu hari itu.
Selalunya. Waktu memasak. Memang macam masa menurun ilmu. Puan ibu mertua akan memberitahu. Bercerita segala macam. Hai. Masa ini lah saya pasang telinga betul-betul. Sebab. Dia ibu yang sungguh penyabar. Sabar banyak. banyaaaaaaaaaaaaaaaakkk sangat sepanjang hidup.
Terima kasih emak. Moga hidup emak baik-baik saja.
[memang hidup mak baik-baik saja. Di kelilingi anak-anak yang baik dan hormat orang tua. Cucu-cucu yang comel. Dan anak menantu yang menyenangkan hati]
[hari ini saya ambil anak mak masa umur saya 28 tahun untuk hidup dengan saya sampai sudah akhir umur: insyaAllah]
p/s: Tua-tua esok. Saya mahu jadi mertua macam ibu saya. Mertua macam ibu mertua saya. Dan mahu jadi mak macam mak itam –ibu saudara encik suami. [sebab saya hitam manis macam mak itam. KahKahKah]
iman. kau tu anak pun belum ada. sudah berangan mahu jadi ibu mertua. ceh! KAHKAHKAH

1 comments :
yep..menantu dengan mentua kena ada sifat tolak ansur tu..tapi sayangnya ramai yang tak faham cemana ambik berat mentua pada menantu dia...tu yang terasa macam mentua sibuk nak interfere la, kontrol laki dia la...percayala besok2 kalo jadik mentua besok, dia pun akan buat cenggitu gak..kan??
Gorengbaek - Seksyen baru untuk Meon...Kenapa masalah sosial makin banyak??
Hangit habis dah - Amenda??!!tak pernah tengok orang hangin ke??
Post a Comment