Selamat tahun baru. Pomp! pOmp! pOmp pang! Bakar mercun dan buat bunga api. HAHA. Hari ini sekolah dah mula. Hari pertama sekolah. biasalah semua bersemangat. Baru. Dan semua baru. Terima tugas pun baharu dan anak murid baharu. .... Saya lihat anak murid saya. Muka masih beriman dan bersih. Biasalah awal tahun dan hari pertama sekolah. Yang ada tanduk itu masih belum lagi terasa mahu tumbuh. Kita tunggu bulan Mac dan April. Lama sikit. Masa itu tanduk mungkin akan tumbuh. Yang ngelat datang sekolah mahu ponteng sahaja itu saya suruh saja cantas dan potong urat malas yang sedia ada. Supaya tidak malas lagi. Yang suka melawan cikgu itu saya suruh pergi bermuhasabah diri bertapa setengah jam atau sejam dua setiap kali lepas solat fikir kan dosa pahala. Antara berkat dan jahanam. ..... Harap tocang anak murid saya tidak naik tinggi. Sebelum dia naik tinggi lebih baik saya cantas dulu. Biasalah budak tengah membesar banyak. usia tujuh belas tahun itu lah manisnya nak buat macam-macam. Masa ini tak lah boleh disekat banyak. kena ikut banyak cara mahu lembut hati anak. Kena pujuk jugak kena cara. Sebab itu lah saya kata. Saya tidak lah percaya sangat muka anak murid "beriman dan penuh nur" di hari pertama sekolah. sebab tocang dia mungkin tumbuh dalam masa satu bulan dua bulan ini. Maka. saya siapkan tanduk saya dahulu. supaya boleh lawan dan saya menang. Itu lah orang kata. Kena buat macam ini. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Biarlah kenali saya dengan kasar dahulu. sebelum menjadi berbaik-baik. Kelak saya menjadi sakit akibat tak boleh melenturi anak didik lagi. Jadi. Mari pasang tanduk sendiri dahulu. ..... Tahun ini saya tetap menjadi guru kelas juga. [saya suka ini] ada masam dan manis. dan ada hubungan istimewa wujud disitu. Tingkatan lima macam biasa. Badan besar gedabak tapi tidak lah payah takut sangat. Badan saja besar. Akal dan otak masih kecik kemetot. Maka kena ada pendekatan "educate with love". Dan. Seperti biasa. Budak-budak sohih ingat dia boleh gula-gulakan kita. Tapi. Dengan saya. No WAY! .... Sebab saya sudah pasang tanduk dan tocang saya sebelum depa pasang dulu. .... Baiklah. Saya sedang meramal sikap. Mungkin bulan Mac. Saya pasti nampak sikap sebenar! Yang pasti. Saya rasa saya boleh patahkannya. Letih oh. Tahun baru dan buka sekolah. .... Tapi ini lah keroje. Ye dak? kalu tidak letih mana nama keroje. Itu namanya goyang kaki dan duduk saja. ..... Rindunya mahu menulis disini seperti selalu. Terasa disini ada jiwa dan roh yang gembira. Sebab sudah lama saya disini. p/s: Ini hal saya sahaja. Tidak ada kaitan diatas itu lah. Cuma mahu berkata sesuatu. Saya mungkin tidak boleh maafkan orang secara senang. Apa lagi yang melukakan kita secara teruk. Biar pun seribu tahun atau tidak. Saya tetap sinis sahaja. Sekian.
Wednesday, January 4, 2012
Sebab saya sudah pasang
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment