...sekolah kehidupan..

Monday, January 9, 2012

Tolol

Selamat malam. Satu minit lagi jam lapan. Rasa mahu tidur dan lena awal malam ini. Tunggu isyak sekejap. Maka. lepas itu akan saya kedebaboOom. Tidur.

Tengok berita jam lapan.

....

Saya lihat berita Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan tak senonoh itu. Maka bukan itu saya mahu cakap banyak.

Saya mahu cakap pasal berhimpun ramai-ramai. Buat apa? Dan apa kejadahnya?

Oh. Mungkin tanda sokongan. Okay la kot macam itu gamaknya.

Baiklah. Saya terima.

Tapi.

Tanda sokongan adalah banyak cara.

Bangun awal pagi-pagi. Pergi berjalan ramai-ramai.

Berkumpul pergi mahkamah. Okaylah.

Yang tidak okay adalah:

Menonong pergi berhimpun.

Bawak bom buatan sendiri. Apa pasal dan budaya apakah? Itu tolol namanya.

.....

Pada saya berkumpul ramai-ramai ini banyak tidak molek daripada molek. Kalau ia aman tidak apa.

Tapi. memang mahu buat aman-aman.

Kadang-kadang kita lupa. Sebab apa ada pepatah ini? "RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN"?

Sebab dalam ramai-ramai berhimpun itu. ada hati yang jahat. Tidak kira dia sebelah siapa dan sokong siapa. Hati yang jahat itu lah buat kacau bersabit sudah berkumpul ramai.

Dari aman menjadi tidak molek.

Sebab ada hati jahat lah ada bawak bom pulak. Bukan kah hasrat dan nilai itu terus menjadi tidak baik?

Tolol dan menyusahkan orang ramai secara banyak?

....

Menyampah.

Orang Malaysia sekarang suka tiru budaya liar negara lain. Berkumpul buat demo entah hapa-hapa. Menyesak jalan. Bergaduh. Ish. memang meluat sangat.

Berjuang apa macam ini?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?