Mula-mula mari berpesan
Jangan baca jika letih. Ia panjang.Saya baru dapat roh dan semangat menulis semula. Maka. ia adalah satu karangan berjela.
Titik.
Malas dan Culas
Selamat pagi. Mari bertenaga buat kerja. jangan malas dan culas.Kita melicinkan kerja orang. Orang akan mempermudahkan kerja kita. itu lah lumrah. Tapi kalo anda malas. memang ah! Sakit hati banyak pada orang lain.
Apa lagi kalau keroje yang membabitkan sangkut paut dengan tugasan berkumpulan.Itu memang parah. Ye dak?
Kerja kita jadi tertunggak menunggu hasil untuk digandingkan bersama. Sohih boleh meletup dalam hati kalau ada orang yang meleweh leweh keroje.Tapi.
Memang ada. Tak menahan ah......
Masih Kelam
Dan.Pagi-pagi sekarang masih kelam. Lambat cerah dan siang. Keluar rumah jam 6.45 masih macam malam. Oh syoknya.
Dari sudut psikologi memang syok sebab keluar rumah belum nampak cerah. Padahal hakikatnya sudah lewat. KAHKAHKAH.Pagi tadi. Jam 6.45 sudah saya mahu menderu ke sekolah. adoih. Kelam lagi oh. Seronok.
Walaupun sebenarnya waktu itu biasa-biasa saja. Tidak lah terlalu awal pada saya. Tapi sebab suasana masih kelam malam. Ada hati berbunga-bunga macam datang sekolah awal benar. HAHA.Sebab jam tujuh di hadapan sekolah sudah jam taham tak tahu mahu cakap. Mak bapak datang hantar anak depan sekolah
.......Nak Mula Mana Yang Dulu?
Saya sampai tidak tahu mahu mula kerja apa yang dahulu? sampai tidak tahu mahu mula yang mana dulu penting atau tidak penting.Sebab pada saya semuanya penting dan menuntut kita kena buat bagi siap. sampai terkecah ke sana-kecah kesini. Semua kena fikir dan buat.
Jadi buat list down senarai kerja pun tidak buat ikut aturan.Mana sempat buat dulu. Ish.
Rasa boleh naik uban cepat kalau macam ini gaya. atau. Boleh pergi Yun Nam merawat rambut setiap hujung bulan tanda rambut gugur mula stress. Huih.Itu lah.
Ada ketika sampai tidak tahu mahu buat kerja mana yang dulu?...
Jika Tidak Ada
Semalam. Encik suami tanya saya. Apa yang saya akan buat jika saya tidak ada blog? Dia kata kalau lah saya tidak ada blog. Maka saya boleh buat apa?Bunyi soklan macam nak suruh saya berhenti berbelog dan menulis. Tapi bukan itu. saja dia uji-uji saya.
Maka. saya kata.Dulu, sebelum saya buat belog. Saya tulis di buku. Semuanya di buku.
Kemudian. Masa saya ada Friendster. Zaman bujang-bujang tok kadok dulu. Saya menulis di Friendster.Kemudian ada muka buku. Saya tulis di notes muka buku saya. [tapi muka buku lama sudah di hack dan saya delete. Hilang notes saya semuanya]
Maka.
Saya jawab dia:Saya akan menulis di buku macam dulu.
Dia tersengih.Motif?Saya tidak tahu apa motif dia.
Tapi. kalau saya tidak menulis. Mungkin saya mati kutu dan pendek umur. Tanda hidup tidak membesar dengan baik. HAHAH. [bunyi macam serius]
.....Macam kalau anda dahaga tidak bagi minum air. Tahan dia. Maka. boleh mati dahaga dan tak ada air dalam badan. Macam itu lah penulisan dan saya. kena tulis juga walau sedikit. Ia satu kepuasan.
Sekian dan titik.

2 comments :
catatan itu adalah sejarah.... supaya kita belajar dari sejarah.. dan hendaknye... sejarah itu jangan diubah mengikut sesedap rasa...
utk memusnahkan satu2 bangsa itu ialah memutarbelitkan sejarah @ melenyapkan sejara mereka..... maka org2 akan datang tidak tahu punca asal usul mereka......
catatan itu penting.....
good luck dengan design baru nih.. huhuh dah boleh komen.. TQ fren
sgt lah bersetuju dgn pokcik..
tq..sajalah sy ubah muka baru..bosan dah dgn pokok2 bunga lama tuh..hihi
Post a Comment