Hurm. Hurm. Hurm. Esok isnin. Isnin tanda kerja kuat dari hari biasa. Nak pujuk hati supaya tabah-tabah selalu jadi kuat dan mahu bangun awal-awal pagi. HAHA. Kemudian. Nak kena kuat fizikal dan mental menghadap permulaan kerja. ahai. Selamat bekerja semuanya. ..... Biasalah isnin memang sibuk. Tidak pernah tidak pernah sibuk. Esok ada perhimpunan sekolah. diam tak diam sudah seminggu sekolah. terasa nak galas tanggungjawab setahun ini rasa baaimanakah? Adakah saya masih menjadi kuat dan bersemangat macam tahun lalu? Atau menjadi lemau sedikit. Ah. Jangan lah. saya mahu semangat yang tidak pernah mati. Ewah! Semangat. ..... Biasalah. Kalau kita tidak pujuk hati kita. siapa lagi ye dak? Kena bagi motivasi dekat diri sendiri. Itu yang kena. ..... Ini baru diri sendiri. Itu belum anak. Ye dak? Kata lah anak sudah tiga empat orang. mampuih haku nak urus semuanya. Bangun pukul berapa pun tak tau. Sorang nak hantar sekolah itu seorang sini. Sorang tadika itu dan ini. ish. Terfikir macamana mak kita urus kita yang adik beradik besar ni. Kita membesar dengan baik juga. dan tengok mak. Macam dan buat semua kerja. .... Entah tang kita esok. Anak buat perangai pagi-pagi tak mau pi sekolah ke hapa. Mampuih nak pujuk. Sudah lah terlewat. Ish. tak boleh lah berangan macam ini. Bikin darah tinggi. .... Sebab la ni pun kadang-kadang bangun pagi pun kadang tersasar. Mentang-mentang rumah dekat dengan sekolah. boleh lah berlagak bangun lewat. Dah pindah duduk rumah baru nanti. Ha kau? Santak lah jam 5.45 pagi sudah terkedek-kedek drive kereta ke sekolah. tanda pasrah dan menyerah. Alah kepada jalan raya sesak!
Sunday, January 8, 2012
Isnin, motivasi dan pasrah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment