...sekolah kehidupan..

Tuesday, January 24, 2012

dan buang kecewa jauh-jauh

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

ia sebuah catatan yang panjang. tentang hidup dan apakah kemahuan anda dalam hidup.
jangan baca jika anda bosan. Tidaklah wajib anda tahu dan meneruskan.
........

dan di suatu ketika. Anda puas sudah memujuk diri dan seakan memang mahu.
tapi.
tuhan belum mahu memberi.

maka?
anda berasa apakah? sehingga terbit rasa ia bukan lah untuk saya dan keluarga saya.
cuma ini saja yang saya ada.

....
ia bunyi macam sebuah kecewa panjang yang rasa macam kalau ada- adalah. kalau tidak ada- tidak adalah.

sudah seakan bunyi kecewa lama yang disimpan-simpan tiada siapa boleh tahu dan tafsir.

......
dan. semasa itu.
Tuhan sudah tahu dan lagi MAHA tahu.

ketika anda sedang berniat sehingga terbit rasa kecewa.
Tuhan pun tidak akan dan berhenti melihat anda dalam rahmahnya.


tanda kita ini adalah hamba yang diuji sedikit pun sudah tidak reti berlawan dan berusaha.
tidak reti bertabah banyak dan berusaha lagi.
tidak mahu berdoa dan berusaha banyak lagi.
......

kita berasa sedih dan sedih dan bertanya kenapa dan kenapa
lagi bertanya kita bila dan bila.

rimas dan tidak tahu mahu bagaimana mengelak kata
hati macam diam dan berasa seakan tidak berguna banyak.


sedang lain-lain semuanya Tuhan memberi dan membalas anda.
mungkin diuji sedikit ini kita sudah berasa payah dan mahu berlari jauh.
berpaling dan tidak mahu lagi memikirkannya.
.......

berasa benci dan seolah tidak boleh bersabar banyak.

tapi.

Tuhan sentiasa ada.

cuma perlu memohon dan memohon.
cuma perlu berusaha dan berusaha

kembali berasa malu dan merendah diri meminta supaya DIA memakbulkan.

seakan kita peminta sedekah sebagai hamba yang selalu meminta.
..........

tapi.
kadang hati kita. kecewa.
tidak tahu mahu ubat bagaimana.


melainkan.
berbalik pada Tuhan.
meminta DIA dengari anda lagi.


dan.
buang kecewa jauh-jauh.

seolah-olah kecewa kita itu macam tidak pernah ada walaupun sentiasa ada.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?