Selamat petang. Di luar sedang hujan menderu. Baru reda sedikit. Dan saya sudah pun siap memasak untuk makan malam. Oh. Saya hari ini seronok. Rasa gembira. Seronok. ya lah. gembira itu seerti dengan seronok. ye dak? ..... Gembira melihat anak murid saya yang mahu belajar. tidak lah susah mahu membentuk. Bila kena cara mereka dengan rela datang dan mahu belajar. Hari ini kelas tambahan pertama saya dengan kelas pelajar SPM saya. Melihat sikap dan sambutan itu hati saya rasa meriah. Suka. Dan berdoa. Semoga ia begini-begini selalu. Dan. Saya akan menarik mereka satu persatu. Memahami pelajaran dan berbuatlah baik dengan ilmu. ..... Oh. Gumbira. Tuhan menghantar nikmat hati dalam bekerja. Alhamdulillah. .... Nanti saya akan menulis sesuatu. Tentang ini. Ia adalah selambak gula-gula. Atau ayat lain. Ia ialah setambun gula-gula yang tidak berapa sedap. Saya sudah berhenti membeli gula-gula sedap. itu cerita tahun lepas. Saja saya beli gula-gula pedas. Biar terbeliak biji mata dan terjelir lidah daripada lena. HAHAHAHHA. Dan separuhnya telah saya masukkan dalam balang saya. Ia peneman saya ketika masuk kelas di waktu petang atau waktu tengahari. Untuk anak murid saya. HAHA. Mereka suka. Dan tidak mengantuk secara banyak. ..... Bila saya tengok pelajar mula mengantuk masa waktu nak balik. Maka saya faham. Pelajar saya perlukan sesuatu untuk berceria. Okay. [sebab saya pernah jadi budak mengantuk dalam kelas] jawapan nya ialah gula-gula. Atau asam boi seketul dua. Masam masin dan manis. dan boleh buat mata segar balik. Itu saya zaman belajar. .... Maka. Sekarang saya bagi anak murid saya. tengok depa seronok. maka saya juga seronok. Belajar kena dalam situasi gembira. Bila buat latihan sama-sama. Dan gembira sama-sama. Dan memberi perhatian secara sama rata. Kita boleh lihat dalam anak mata anak murid kita. Dalam mata depa ada ini: Ada yakin diri. Ada rasa seronok. Tidak malu bersuara dan mahu tanya apa. Ada sesuatu kemesraan disitu. Tidak ada pilih kasih samada awak india atau cina atau melayu. Semua menjadi mesra. .... Sebab itu saya seronok! buat anak murid saya yakin diri. jadi berani bertanya dan bersuara! Oyeah!
Tuesday, January 31, 2012
Sebab itu saya seronok!
.......
Dan seguni asam boi. Saja saya beli secara borong.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?



2 comments :
nanti kene kencing manis plak...... huhuhuhuhu
pokcik yg confirm..gigi jd rongak dulu..haha.
Post a Comment