Berdiskusi dengan puan ibu mertua tentang satu isu. Dia duduk di katil dia. Saya duduk di katil satu lagi. Macam sembang katil lah pada petang ini. HAHA. ..... Berborak-borak lagi sampai satu isu. Isu tumpang naik kereta suami orang. Memang jahanam. Itu kata puan emak. Itu haram. Boleh timbul fitnah banyak. Awak encik suami orang. Bawak balik puan isteri orang. Dan isteri orang yang suka menumpang encik suami orang itu berhenti lah mengada-ngada. Tidak kira lah encik suami dia itu sedang kerja dimana atau apakah? Isteri balik kerja jam lima. Engkau pergi lah jemput balik. Jangan lah dibiar isteri awak balik dengan suami orang. ye dak? Walaupun rumah awak dengan encik suami orang itu satu taman. ..... Kenapa engkau buleh pergi mengendeng dengan suami orang suruh hantar dia balik pulak. Memang tak menahan. Tidak pulak dia fikir tohmahan orang dan hati perasaan orang lain. Walau tak buat apa yang tidak molek. Tapi asalnya adalah bermula dari mahu menumpang kereta encik suami orang. ...... Kata puan ibu mertua. Kena laki-laki lurus pulak. Habislah di latunya. Diambil kesempatan atas kebaikan. Sikit-sikit suruh encik suami kita itu ini. hantar sana- hantar sini. Encik suami kita pulak jenis tidak reti menolak. Maklumlah bersikap baik hati dan menolong. [ini pun satu penyakit juga] dan kena sedar juga. [sekarang sudah bekeluarga] Ish. Awak itu isteri orang. Mahu menumpang-numpang laki kita pulak. Memang jahanam. Jujur ada tempatnya kata puan ibu mertua. saya memang sentiasa YA SAHAJA. HuHu. Sebab pernah berlaku. Tapi tidak apa. Satu hari kalau tumpang lagi. sohih haku pergi nasihat depan pintu rumah dia. ..... Ini tidak. Mentang-mentang laki haku baik hati. Duduk pulak satu blok. Nak tumpang laki haku pagi-pagi. Haku dengan encik suami turun dari rumah menuju ke kereta sama-sama. Engkau datang nak menumpang, Tak reti berbahasa berbahasi nak bercakap minta izin dan meminta mahap perlu menumpang kereta suami kita? Kot kot lah nak berbudi bahasa cakap macam ini: "kita minta maaf hari ini kereta kita rosak. Kita ingat nak tumpang encik suami awak ke tempat kerja selama tiga hari ini" "kita minta izin dulu ni" Ha tudia ayat bagus dan sedap hati kita dengar. Ini tidak. Boleh buat dang. Dan pergi menonong membontoti suami kita. Engkau mahu menumpang kereta laki haku jumpa dalam lif pun engkau tak tegur haku. Hais. Panas oh. ...... Isu jadi makin panas. Saya bercerita saja apa yang berlaku. Encik laki dia saya tak lah tahu mana dia pergi. Petang- petang bila encik laki engkau tak boleh datang ambil. BOLEH ENGKAU DATANG MENGENDENG-NGENDENG MASUK OFIS SUAMI HAKU suruh hantar engkau pulang kerumah? ...... Walau pun satu pejabat. Walau pun satu laluan. Walau pun satu blok. Ingat pasal agama. Dia laki orang. Engkau isteri orang. Ada batas. Ada syaitan. Ada mata memandang. Ada hati terasa. Dan ada dosa berdua. Sungguhpun Cuma hantar balik. Haku benci sangat. p/s: cemburu memang lah kena hado. Ye dak? walaupun laki kita tak kaya mana. Tapi. itu laki kita. ye dak? Lepas itu. Fikir lah pasal batas dan agama jugak. Kalau pun naik kereta lurus pergi kerja saja. Berdua sahaja pun boleh timbul fitnah. Dan. Tumpanglah dengan kawan perempuan awak. Atau yang mana laki isteri berada di tempat kerja. Bukan aim encik suami saya saja. Mentang lah dia baik dan kawan-kawan semua. Janganlah ambil kesempatan sangat. Seronok juga diskus dengan puan ibu mertua pasal ini. Mak saya kata perempuan itu. Dia gila. Tak tahu malu.
Sunday, January 8, 2012
Isu tumpang: Jangan aim dia saja
Selamat petang. Petang ini panas. Walaupun di luar hujan dan redup. Saya sedang berdiskusi. Ewah. Berdiskusi tuh. Tak menahan guna ayat berdiskusi.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
untuk pokcik dot: cubaan komen berjaya..nanti akan sy godek2 di sana..
Post a Comment