Hai. Selamat petang. Cuaca cantik. Panas dan cerah. Cuma waktu malam saya sangat sejuk tidak payah buka kipas. Cuma rasa nak tidur sambil pakai stokin. Sebab sejuk sungguh. Hujan. Lagi empat hari cuti berbaki. Hari ini kakitangan kerajaan yang bukan cikgu cikgi dan mula kerja. ..... Ah. Tamat. Tanda sudah kenyang. Dan ini bukan cerita tentang makanan. ..... Hidup jangan kecewa. Ye dak? Malas nak cakap banyak. Buat bodoh sahaja. Satu masa yang lama atau panjang atau bila bila pun ikut lah. Adalah tu nanti rezeki awak. Ye dak? Hati kena ini: Sot. Ba. Ra. [sabar] ....... Dan mari bercerita tentang pemikiran. [bunyi macam berat. Tapi mari saya buat bagi ringan] Pasal pemikiran. Saya pelik. Apa kena dengan cerita melayu abad akhir ini? asyik cerita hantu. Hantu. Hantu. Hantu. Khurafat. Khurafat. Santau. Ilmu hitam. Benci sangat walaupun muncul dalam iklan. Saya tertanya apa kena dengan filem melayu? Melangkau pemikiran orang melayu zaman sebelum datangnya gerakan Islah di Tanah Melayu merubah islam kepada islam sebenar? Mencuba dan menayang semua cerita pemikiran hantu syirik milik orang melayu dahulunya? Itu lah pemikiran lama orang melayu. Khurafat yang melampau. Dan menjadi tidak maju. .... Apabila pulangnya anak muda yang belajar di timur tengah membawa balik satu gerakan iaitu Gerakan Islah. Dan menggelarkan diri mereka sebagai Kaum Muda. Maka. khurafat melayu itu diubah. Orthodox melayu lama dengan syirik itu diubah kepada pemikiran Islam yang sebenarnya walaupun ditentang hebat. Tentunya di tentang hebat oleh Kaum Tua yang hebat ortodoxnya itu. ..... Tapi. sekarang. Meluat. Tak ada modal lain. Asyik itu itu saja. Berbulu biji mata haku melihat hantu hantu di tv. Asyik cerita hantu. [ya. Saya tahu saya penakut. Tapi benyak cerita khurafat di tv juga mengundang kesan tidak bagus pada psikologi kita dan anak-anak juga. ye dak?] Adakah pemikiran melayu yang kreatif dan segar sudah hapus? Semua dalam kepala hotak pengarah filem adalah hantu dan hantu. Santau dan santau. Khurafat dan khurafat. Kum kum lah. Bab ni cukup pandai! Tensyen.
Wednesday, January 25, 2012
Tak ada modal
Saya kempunan sup. Maka. masak sup bebola ikan satu mangkuk lalu hirup depan tv. Makan tengahari hari ini sebagai ganti nasi. Makan secara solo tak tengok kiri dan kanan dah. Rasanya sudah lima enam bulan tidak makan sup bebola ikan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?


2 comments :
bak kata anak buah pakcik.... dah pastinye hantu² tu sedih bila tgk wajah mereka yang hodoh.... kalau nak dibandingkan dgn hantu▓ luar negara. ( vampire) seme hensem dan cun.....
bebudak pun pandai menilai... betapa tiada UNSUR2 akademik langsung dalam penceritaan orang melayu nih... ntah le....
salam tuan blog... huhuhu
wslm pokcik dot..
sgt bersetuju..bilalah semua ni akan berakhir..
Post a Comment