...sekolah kehidupan..

Saturday, January 7, 2012

Terima kasih Ya Rob!


Selamat berhujung minggu. Semoga seronok semuanya.

Dan encik suami yang tak berhenti mengusik puan isteri. Ish. tak apa. Bergurau senda tanda bahagia. Terima kasih pada Allah kurnia bahagia banyak dan encik suami yang memahami.

Semoga bahagia akan sentiasa melingkar dalam hati kita. amin.

Titik.

.....


Berhujung minggu di mana anda? Saya di rumah puan ibu mertua saja. Meneman beliau. Hati tua rasa terhibur bila anak-anak balik jenguk tiap minggu. Semoga hari tua kita esok gembira seperti ini juga.

Terima kasih pada Tuhan. Mengurniakan saya seorang puan ibu mertua yang sungguh mulia pekerti. Baik budi dan memahami.

Semoga Tuhan memberi umur panjang dan melimpah kan kesihatan baik sentiasa.

Ye dak?

[hati saya mula teringat kampung halaman] sob sob sob.

Puan emak. Encik ayah. Semoga hidup anda sentiasa gembira dan sehat selalu.

......

Bulan lapan nanti. InsyaAllah saya akan berpindah rumah. Serasa kena fikir banyak. Mahu saya renovate ruang dapur menjadi seperti emak-emak dan puan isteri mahukan. Sebab hari-hari saya memasak. Maka. dapur dulu kena cantik dan selesa.

Semoga semua urusan menjadi baik-baik sahaja.

Terima kasih Allah memberi saya rezeki melimpah.

....

Tiba-tiba hidup saya menjadi sibuk tidak menahan. Bila bermula sekolah. minggu pertama saya menjadi terkecah-kecah. Segala benda perlu diurus secara serentak. Adoi. Memang tak menahan.

Tapi. tidak apa. Ini lah kerjaya saya yang memang saya mahu.

Dan. Seronok dalam sibuk.

Oh.

Nikmat hati bekerja dengan ikhlas tidak boleh diukur-ukur.

Kalau hati bekerja dengan rela. Datang lah apa sahaja semua tugasnya. Kita pasti boleh.

Tuhan anugerah bahagia dalam bekerja.

Terima kasih sebab Tuhan bagi rasa macam ini.

.....

Dan 2012 ini. saya rasa Tuhan banyak memberi saya rezeki bagus. Dan rezeki melimpah datang. Tuhan memakbulkan doa saya satu persatu. Hati saya berasa. YA ALLAH. Maha Tahu dan Maha Memahami.

Mahu menangis saya melihat apa yang Tuhan mahu beri dan beri. Beri dan beri.

Kita pula yang terlalai banyak. sedih dan menyesali. Berharap banyak Tuhan sentiasa menggerakkan hati supaya sentiasa berasa bersalah dan bertaubat.

....

Soal rezeki. Terasa apa yang saya rancang. Sentiasa menjadi. Cuma yang datang itu lambat mahupun cepat. Cuma boleh bersabar banyak. dan emmang kena bersabar banyak sangat.

Sudah yang datang itu memang terasa perit. Tapi percayalah ada manis dihujung.

Dan bersangka baik pada Tuhan itu memang tidak lah boleh di ubah-ubah.

Dan.

Terima kasih Ya Rob!


Alhamdulillah.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?