...sekolah kehidupan..

Wednesday, December 14, 2011

Kena Basuh

Ia cerita sedih.

Hai. Salamunalaik.

Anda pernah tak membuat sesuatu yang sangat tak kena gaya? hurm? Apakah bentuk soalan ini? bunyi macam tak boleh nak jawab sebab tak faham soalan saya.

Okay. saya ulang.

Anda pernah tak buat sesuatu dalam hidup anda yang sungguh tak kena gaya?

Contohnya:

Menghendap hendap hidup kekasih lama yang bukan berjodoh dengan anda walaupun tindakan anda merimaskan kehidupan orang atau anda boleh buat suami isteri bergaduh ? Ish. bukan soalan yang tak semenggah ini yang saya mahu tanya.

itu untuk yang tidak reti bahasa baik-baik.

Bagi contoh lain.

Contohnya secara tidak sedar anda telah basuh handphone dalam mesin basuh selama dua jam.

Pernah tak? Saya rasa saya macam pernah. Baru buat dua tiga hari lepas. Naiya.

.....

Pergi basuh comforter.

Setting dekat mesin basuh adalah di butang COTTON.


Masa yang mesin basuh sudah tetapkan secara hakiki yang tidak boleh ubah lagi untuk kain jenis COTTON adalah DUA JAM. Saya ulang DUA JAM.

Dan. kalau sedar pun sudah tak boleh buat apa. Mesin basuh sudah LOCK! tengok tu. Ada tanda LOCK. maka. kalau sedar masa ini pun tak guna.

Cuma boleh HUHUHUHU sahaja.

Anda sudah bubuh sabun.

Cukup masa anda masukkan softlan pulak.

bilas lagi dua tiga kali. huhu.

....

Cukup masa basuh dan spin dan keringkan dia secara panas. Maka mesin basuh pun sudah bunyi: ting ting ting.

Tanda masa tamat dan operasi basuh semua sudah complete. Seolah bercakap dengan tuan. SIAP DAH TUAN!

....

Anda pun mintalah tolong encik suami anda. Tolong ampai sekejap. Sebab ampaian tinggi pulak. Tak ada daya banyak nak tahan tebal comforter anda itu.

Bila encik suami buka mesin basuh dan mula angkat comforter anda.

KELEPUK!

Seketul bateri talipon tangan anda jatuh.

KELEPUK!

Talipon anda yang sudah bercerai badan belakang jatuh.

.....

Anda menjerit! TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK! Hu. Tanda baru sedar yang anda sudah terkaup comforter bersama talipon tidak canggih anda itu.

.....

Encik suami anda tak fikir panjang. Ampai saja comforter.

Lalu.

Diambilnya menatang VAKUM comel ini.


Tengoklah. Di Blow kan talipon tangan anda. Sampai kering betul.

Tengok.

Tengok.

Masih ada wap kot tepi tu ha.

...

Sob.sob.sob.
tengoklah. Ada wap lagi ha.


Dan.

Blow lagi.

Alhamdulillah. Maseh boleh ON!

Macam biasa beroperasi. Tanda talipon tangan buatan NOKIA itu gagah perkasa. Walaupun dua jam ada kena basuh. HuHu.

....

Tapi.

Kejap on. Okay.

Lama-lama.

Off. Dan anda on balik lah.

Dan kejap kena on dan off.

anda punya lah frust menonggeng!

....

SEKIAN. naiya. kena basuh.

sumpah saya tak sengaja.


p/s: ia barangan elektronik dan komunikasi yang tidak lah perlu dibasuh dengan bersungguh. ia adalah barangan kering. ish!

2 comments :

mOOn said...

perhh!! hebat henpon tuh.. try basuh 3 jam plak, nk jd lagu mana. haha.

Yuyun said...

hahaha...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?