...sekolah kehidupan..

Sunday, December 4, 2011

Kena pergi masa dok ketar.

Salamun alaik.

Hujung minggu sudah nak tamat. Dah masuk malam baru saya ada perasaan mahu menulis sesuatu. Sarat dan banyak di kepala tapi tidak terluah. Sentap untuk dua hari lepas masih ada saki baki.

...

Pernah anda jumpa doktor perempuan yang bermulut puaka? Ish. bunyi macam tak kena bila sebut perkataan puaka.

Maka. saya ubah perkataan.

Pernah anda jumpa dengan doktor perempuan yang tidak begitu baik melayan anda? Okay. Kedengaran sedap sikit daripada soalan diatas.

Mungkin dia sudah berumur.

Mungkin dia penat.

Mungkin dia mahu cepat.

Mungkin dia ah. Banyak kemungkinan.

Tapi.

Itu semua.

Buat hati saya sentap.

Dan.

Semua itu juga, buat perasaan saya sentap habis. Dua hari juga termenung dan berasa adakah saya tidak beruntung banyak dalam hidup?

....

Kata-kata sang doktor tentang kesihatan memang memberi kesan kepada pesakit. Cara layan dan komunikasi berhubung sakit sakit adalah sangat perlu di perhalus molek molek.

Supaya hati siapa-siapa tidak sentap dan boleh menerima dengan baik.

....

Bila dia kata dia tidak boleh buat apa-apa. Maka saya harus macamana? Dan. Dia bagi kata-kata lain yang menyentap hati dan jantung saya. Sakit hati mendengar.

Nak ajak bergaduh kah doktor ni?

...

Memberi ubat tidak.

Membuat rujukan ke lain tidak.

Dan.

Memberi konsultan pun tidak.

Kata nasihat pantang larang pun tidak.

Dan.

Dia suruh saya boleh balik dulu.

Maka?

....

Dia tidak tahu berjam saya tunggu diluar untuk sesi itu. Jahanam.

Seolah saya datang saja-saja berborak dengan dia dan menghabis masa dua jam di luar. Saja-saja meluang masa di hospital bersama encik suami di ruang menunggu. Cuma 3 minit di dalam. Jahanam.

....

Bila saya mengadu senggugut saya makin teruk setiap bulan. Saya mahu sesuatu yang boleh menyembuhkan saya. dan saya mahu tahu apakah masalah yang tidak kena dengan saya.

Tapi.

Mungkin dia tengok saya baik-baik sahaja. Tidak sakit. Dan molek-molek datang ke dia. Dia kata saya tidak boleh buat apa-apa.

Adakah saya silap datang minta ubat dan nasihat doktor pada waktu sihat?

....

Maka. saya buat kesimpulan. Kena datang hospital masa sedang terketar-ketar sakit sahaja. Masa itu mungkin doktor reti buat apa-apa untuk anda.

Dan mungkin dia nak haku berguling sakit depan dia baru dia gelabah mahu saya dirujuk ke bahagian apa?

.....

Apa yang saya harap adalah. Mendengari sekejap masalah saya sebab anda pakar bahagian sakit manusia.

Maka. silalah menyatakan harus saya bagaimana untuk melegakan ia setiap kali ia datang. Dan apakah ubat yang kena dan sesuai untuk saya hadap.

Mungkin bulan hadapan harusnya anda makan ubat ini dan ubat ini. dan cuba elak ini dan elak itu.

Sekian.

Itu sahaja caranya.

....

Tapi dia kata: "saya tak boleh buat apa-apa"

Mungkin sebab saya tidak terketar-ketar atau berguling-guling, pakai stoking dan baju tebal-tebal serta berselimut sakit masa pergi ke situ. Mungkin lah.

.....

Tapi.

Tidak apa.

Saya berdoa kerja anda memperoleh berkat.

Dan.

Saya juga. Mencari kaedah lain. Agar saya boleh tahu mana yang tak kena.

Cuma.

Selepas itu saya jadi orang yang tidak gembira.

....

Balik rumah. Menuju ke rumah puan ibu mertua .

Puan ibu mertua kesayangan saya. Sudah bertanya itu ini dan bagaimana. ish. rasa nak menangis lah mak dengan doktor tu....................!

Blab la bla bla.

!@#$%^&*.

Tamat.


 

....

** sumpah. Tidak lah mahu haku ke situ lagi.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

salam.... nnt kalu sakit lagi.. dan nak p klinik yg sma... tnya dolu.. sape doktor yg bertugas ari nih.. huhuh supaya tak dapat doktor yang sama... @ hanya ada sorang doktor tu je ke?....

anyway.. rehat.... selawat....

apa kata ...sebelum kamu minum air.... kamu mintak kebenaran..

"assalamualaikum ya Nabi Khaidir a.s... izin kan aku minum air jaggan mu ini untuk menyembuhkan segala penyakit yg ada dalam diri ku ini..... ".... sebelum minum.. baca surah al-fatihah 3 kali... kalu larat.. 7 kali.... amalkan setiap kalu sebelum minum.. insya ALLAH...

molekul air yg dibaca ayat2 suci al-quran lebih halus.. malah lebih halus dari SK II .. insya ALLAH...

pensil iman said...

terima kaseh pokcik atas petua bagus ini. akan sy amalkan..


dan. pesanan yg akhir tu [ lebih halus dr SK II]
ahahhaha...sangat bermakna..

nak ketawa sbnrnya..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?