...sekolah kehidupan..

Tuesday, December 6, 2011

Untuk semua

Saya sedang solo.

Encik suami masih ada kerja. event di luar pasal majlis bertaranum yang dianjurkan jabatan. Maka. saya sedang bersenang banyak. mengadap sana dan sini. Melayan bosan yang sudah berkumpul banyak.

...

Bersembang dengan pelajar SPM saya. yang seorang ini. Hari ini sudah tamat periksa SPM. Maka. Terjumpa dia di laman muka buku.

Melihat dia bersungguh dan excited mahu mengisi maklumat di borang UPU. Rasa seronok. Bertanya maklumat itu dan ini dari saya.

Pelajar saya baru mahu mula langkah hidup. Baru dan mahu. Hurm. Semoga berjayalah anda di bidang apa yang anda mahu.

....

Zaman saya sudah berlalu. Zaman masih mencari jalan apa dan mahu jadi apa itu sudah berlalu lama.

Terasa semangat yang dia ada seperti boleh rasa zaman saya muda. Mahu ke situ dan ke sana. Dalam hati mahu belajar disitu dan disini yang Tuhan atur dan lorongkan jalan.

Yang penting sambung belajar. itu sahaja zaman itu.

Selamat berjalan sebagai pelajar university.

Nanti anda akan rasa seronoknya bergelar pelajar besar. Dan selepas itu mngejar cita-cita mahu jadi apakah. Uh. Panjangnya masa anda untuk mencapai semuanya.

Terasa seperti saya sudah mula tua.

Cepatnya masa.

Zaman saya membesar seperti anda sudah berlalu lama. Sangat lama.

Haish~

Adakah saya sudah benar-benar tua?


...

Kepada anak didik,

Semoga berjaya. Dan terus berjaya.

Untuk semua.


Ditujukan kepada pelajar saya.

1 comments :

Unknown said...

saya juga sudah lepas zaman memilih itu dan ini, cuma dilemanya saya taktahulah betul ka tidak pilihan yang dibuat ni... hmmm


iman dan ulam..begitu dasyat kah?