...sekolah kehidupan..

Friday, December 9, 2011

malam ini lah

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

salam. jumaat yang baik. cuaca panas dan cerah.
hai. suri rumah. silalah jemur bantal kekabu anda hari ini. sebab cuaca serah molek halau kuman dalam bantal.
HAHA.
....

sudah dua hari usai saja memberi tuisyen kepada pelajar saya, menderu saya membawa kereta menuju ke rumah puan ibu mertua.

meneman beliau memasak untuk tengahari dan makan bersama. tanda senang dan banyak hari boleh terluang meneman orang tua comel seorang.

dan nanti tahun depan mula sekolah, tidak lah boleh begini rupa hari-hari. ye dak?
.....

apa anda rasa bila sudah set up terketar-ketar nak buat kerja. tiba-tiba terlupa satu benda. haish~
contoh nya mahu mnyangkul tanah. cangkul pulak tidak di bawa.

maka. patah tangan. tak boleh buat apakah.

macam itu lah saya sekarang. LUPA BAWA PEMBARIS BESI. macamana mahu sudahkan sesi ukur dan potong kad kahwin encik abang ipar?

sudah lah berjanji dengan encik suami mahu tolong selesai hari ini. ish!
tangguh lagi.
malam ini lah bang. balik ke rumah mak sekejap. ye?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?