...sekolah kehidupan..

Monday, June 25, 2012

Dua mesej. Sedih dan benci.


Dua Mesej.

Yang saya terima di waktu pagi.

.....

Satu.

Ia mesej sedih. Daripada bekas pelajar SPM saya. Dia pelajar saya yang saya kira baik dan berakhlak bagus. Pandai dan bersopan. Tapi mesej dia pada saya pagi tadi buat saya rasa dia sedih dan perlu teman. Mungkin.

Katanya dia telah kehilangan ibu pada minggu lepas. Sekarang tengah menuntut di UITM Segamat. Maka. Dia sekarang di bela oleh pakcik dan makciknya yang terdekat.

Sekarang. ibu dah tak ada. Ayah sudah lama juga tidak ada. Dua-dua sudah dijemput Tuhan.

Berdasarkan keputusan SPM pelajar saya ini. dia Cuma perolehi Enam A dalam SPM. Dan dia membuat keputusan ke UITM sahaja. Mungkin itu cita-citanya.

.....

Saya berasa berita yang saya terima ini buat hati saya pilu. Oh pelajar. Yang saya rasa seperti anak. Kasihannya hidup anda. Semoga boleh bertabah banyak. dalam usia yang muda ujian anda bentuknya begini.

Tuhan menguji ketabahan hati muda dia.

Saya doa semoga dia sentiasa diberkati dan dirahmati. Dan menajdi baik-baik saja.

........

Dua.

Ia mesej buat hati saya menyampah di pagi hari. Daripada satu hamba Allah MBSB menawarkan pinjaman peribadi.

Bunyinya begini.

"Salam puan N, jadi tak buat loan MBSB?"

Lalu saya tanya dia semula, bunyi macam ayat geram:

"adakah saya pernah pohon atau pernah isi form?"

Dia membalas saya:

"tak lah puan, saya Cuma offer je"

.....

Tengok persoalan "Jadi tak buat loan?" dia di atas. Adakah ia berbentuk tawaran? Tengok tak perkataan "jadi tak?" Ini tolol namanya.

Seolah saya yang pergi memohon pada dia buat pinjaman ini.

.....

Dua minggu lalu.

Orang yang sama ini buat kurier atas nama saya. Mengepos form secara laju-laju dan form permohonan loan itu lengkap di isi. Di bahagian ruang tandatangan pemohon dia tanda pangkah dengan pensil dan memberi peringatan pada saya supaya tandatangan disitu.

Ada dua borang tawaran pinjaman. Maka. bila saya tengok. Saya rasa orang ini terdesak mencari peminjam. Malangnya saya bukan orang yang gemar buat kerja macam ini.

Maka. borang yang dia kurier pada saya secara laju-laju itu saya koyak. Saya masukkan dalam tong sampah.

Saya berasa ajakan seperti ini agak tidak kena masa dan tempat. Saya rasa dia kurang ajar. Mood saya pada masa itu pun agak swing juga.

......

Saya rasa ini strategi orang yang ditugaskan mencari peminjam.

.......

Dua hari lepas itu orang itu talipon saya. Tanya adakah saya ada terima borang yang dia kurier.

Saya kata: "entah" [sebab saya geram]

Saya tanya dia: "mana kau dapat maklumat saya? Tempat kerja saya?"

Dia kata dia dapat senarai nama daripada biro angkasa.

Saya kata: "dan kau pun suka-suka boleh ambil nama orang dan pujuk buat loan kau?"

Dia kata: "minta maaf puan, saya cuma buat tawaran"

Saya kata: "saya tak berminat".

Plink! Saya matikan talipon. Geram sangat.

Maklumat kita di biro angkasa macam tidak rahsia. Siapa-sapa saja boleh ambil. Dalam biro angkasa saya Cuma ada dua pemotongan. Satu. Medical card. Dua. Potongan zakat pendapatan.

Maka. bila dia tengok saya tak ada apa-apa pemotongan lain. Maka dia ingat boleh gula-gula kan saya supaya buat peminjam. Memang benci.

.....

Satu jam kemudian.

Orang itu mesej saya. dia kata: "puan boleh tak bagi borang yang saya kurier tu pada kawan-kawan yang berminat?"

Saya buat bodo. Mesej itu saya tak balas langsung.

Sampai lah mesej orang yang sama pada pagi ini.

Benci kan?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?