...sekolah kehidupan..

Thursday, June 14, 2012

Ini Satu Perjanjian!

Salamun alaik. Kepada semua pembaca diam saya. Semoga kita diberi kesihatan yang baik dalam hidup. Alhamdulillah. Tuhan sangat Maha Pengasih.

.....

Saya mencuri sedikit masa untuk menulis sesuatu. Saya buat dan saya simpan. Kemudian mendatangkan kegembiraan dalam hati saya pula.

Hurm. Saya puas bila apa yang saya rancang ia menjadi dengan baik. Seronok. lucu. Dan semuanya.

Baik.

.........

Ia satu Perjanjian.

Bermula pada Mac selepas result SPm tahun 2011 di umumkan. Saya minta pelajar kelas hadapan saya buat satu perjanjian. Pelajar Tingkatan Lima kelas Sains Tulen Perakaunan saya ada dua puluh empat orang kesemuanya.

Dan. Perjanjian bermula dengan tawaran mutlak saya. Saya bagi mereka gred ini:

Mungkin lapan daripada anda A plus. Mungkin mungkin sembilan orang daripada anda A. Dan Mungkin tujuh daripada anda adalah A-.

Dalam syarat yang saya berikan. Tidak akan ada diantara mereka mendapat gred dari B plus sehingga ke bawah.

............

Maka. pelajar saya memberi nama.

Maka mereka bermesyuarat sendiri tentang siapa-siapakah gerangan dalam kumpulan A plus. Siapa-siapakah yang boleh digolongkan dalam kumpulan A. Dan juga siapa dia yang di bawah A-.

Masing-masing dengan target sendiri.

.............

Lalu saya titipkan.

Nama-nama itu seolahnya saya patrikan dipapan kenyataan. Dan saya kata. Maka hari ini dalam bulan MAC. Terpatrikan perjanjian kita. ia akan dinilai pada pertengahan Jun. Selesai Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Maka.

Marilah kita lihat siapakan diantara kamu yang BERANI MELANGGAR PERJANJIAN INI.

Gulp!

Budak-budak sudah kelihatan risau.

..........

Dan. Pertengahan Jun pun berlalu datang.

Usai peperiksaan. Saya sudah siap menanda kertas peperiksaan saya. di dalam hati saya ada gembira bukan kepalang. Tapi di depan pelajar saya buat muka ketat. Dan saya mengucapkan ini:

"ada diantara kita yang melanggar perjanjian"

"maka. siapa yang mencabuli perjanjian ini. akan saya hukum"

Hihi.

.....

Gelabah.

Saya lihat riak muka budak-budak. Ada gelabah banyak. Dalam hati saya pulak. Asyik nak ketawa. Depa asyik datang tempat saya tanya markah sendiri. Saya kata saya lupa. Suruh depa tunggu hari ini. sebab hari ini lah perbincangan dan pembetulan akan dibuat. Maka. depa tak sabar. Asyik datang tempat saya dan buat muka kesian. Lepas tu buat muka comel minta nak tengok markah sebelum tiba hari. Agar tidur malam boleh lena.

Saya buat tak heran. Saya kata kita tengok nanti siapa yang langgar perjanjian.

.......

Keputusan yang saya terima. Seperti dibawah.

Perjanjian asal:

Saya minta:

8 orang A plus.

9 orang A.

7 orang A-


Keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun:

6 orang : A plus

14 orang: A

3 orang: A-

1 orang: C Plus.

........

Saya lihat ada peningkatan.

Ada dua pelajar saya dari kumpulan A plus melanggar perjanjian.

Tidak banyak dia langgar. Markah dia adalah lagi dua mata mahu langkah masuk kumpula A plus. Jadi dia sudah rasa merayu-rayu.

Dia kata pada saya:

"cikgu. Masa perjanjian dibuat. Saya tak hadir. Perjanjian kita ini tidak sah. Batal. HUHUHU."

Maka.

Saya kata pada dia. Okay. baik. Mari cikgu bagi satu contoh. Saya bagi dia ini:

"masa di Perak. Masa tiga anak raja Perak iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail, dan Raja Yusuf berebut takhta. Maka. perbalahan depa tu sampai boleh jadi kepada campurtangan British.

"Lalu Sir Andrew Clarke hantar surat kepada semua pemimpin. Supaya depa berkumpul di Pulau Pangkor. Atas kapal HMS Pluto."

"Dan masa perjanjian itu dibuat. Ketua Kongsi Gelap Gee Hin tidak hadir, Cuma ada Kapitan Chung Ah Kwee mewakili kumpulan Hai San. Lepas itu saya kata lagi, raja Ismail pun tak datang."

Tapi.

Perjanjian itu tetap berjalan macam biasa dan termetrai jugak perjanjian pangkor.

HAHHAHAHHAHAH. Tudia contoh saya bagi. Penuh ilmiah dan nostalgia. Memang sungguh-sungguh berkait dengan sejarah. Kihkihkih.

Pelajar saya yang lain sudah ketawa meletup-letup. Dan ada dua tiga orang yang terlanggar perjanjian sengih-sengih tanda tak tau dah nak balas apa lagi?

Hihi.

.......

Tapi. Saya gembira.

Walau pun pelajar saya melanggar perjanjian. Ia memberi pulangan baik pada saya. satu peningkatan baru. Yang dapat C plus itu budak baru pindah masuk kelas itu. Maka. Saya tidak berapa kesah sangat. Yang saya kesah adalah dua puluh tiga yang lainnya yang sudah saya asuh dan didik dari depa tingkatan empat bawak sampai tingkatan lima. Maka. yang seorang yang baru masuk itu akan saya didik dia secara banyak agar dia jugak boleh turut serta dengan baik.

........

Hukuman.

Maka. saya jatuhkan hukuman. Pada yang melanggar perjanjian.

Yang dalam kumpulan A plus itu.

Saya bagi dia peluang terakhir.

Sebab ada dua lagi peperiksaan sebelum menuju SPM. Saya mahu dia memperbaiki perjanjian dengan mempastikan akan memperoleh A plus dalam kedua-dua peperiksaan lagi yang tinggal.

HAHAH.

Terbeliak bijik mata depa sebab nak kena lipat gandakan usaha dengan banyak.

.............

Saya batalkan perjanjian lama. Dan buat perjanjian baru.

Sebab sudah semester kedua.

Peraturannya.

yang berada dalam zon selesa.

Geng-geng yang betul-betul menepati perjanjian. Maka. saya tidak lah mahu dia terbenam pada zon selesa saja.

Hukumannya adalah. Perlu berganjak kea rah lebih bagus. contoh kalau dia dalam A tolak dalam perjanjian lama dan sudah menepatinya. Maka.d alam perjanjia kedua. Dia sudah pun berada dalam kumpulan A.

Macam itu lah yang lainnya jugak.

.......

Maka. semuanya adil.

Pembetulan yang perlu dibuat semula adalah tiga kali. HAHAHAH. Boleh tahan banyak dan kejam juga saya.

Dan. Berlucu pulak perasaan saya bila tengok reaksi pelajar. Dan mula lah depa: "alar cikgu...alar cikgu...tiga kali ke...?"

Ya. Ia untuk kamu semua. sebab berlaku pencabulan di situ. HiHih.

.........

Usai masa saya mengajar. Saya pesan pada depa. Bangun pagi-pagi. Terus saja motivasikan diri. Nyanyi lagu "fikirkan Boleh"

Supaya awk anggap ini satu cabaran. HAHAHA. Ketawa lagi depa.


p/s: saya seronok mendidik anak-anak bangsa kita.


0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?