...sekolah kehidupan..

Saturday, June 23, 2012

Ukhwah macam tidak ada


Salamun alaik. Sabtu yang sebok pada saya. Pada pembaca diam saya mungkin Sabtu anda berehat-rehat bersenang lenang. oh nikmatnya bercuti rehat.

.......

Saya sedang bersorang diri. Encik suami bersukan badminton bersama sepupu sepapat aktiviti keluarga pada malam sabtu yang menjadi tradisi tak boleh ubah.

.......

Sedang saya membaca sebuah buku catatan seorang pengetua bertajuk "Gurukah aku atau..?" kawan serumah saya menalipon. kawan serumah saya juga seorang cikgu. Waktu itu Kami sama-sama mendapat arahan bertugas dan berkhidmat di Langkawi.

Kenangan.

Masa itu saya dan dia maseh bujang. Kami menyewa sebuah rumah tidak jauh dari sekolah. Biliknya ada dua yang kami ambil sorang satu. Dapur. Ruang tamu. Dan satu bilik air. Sepertinya rumahnya sederhana. Ya. Sangat sederhana. Cukup bersyukur banyak. walau rumah kampung.

Biasalah. Langkawi. Mana ada rumah sempurna mana untuk disewa. Cuma gah pada pelancongan dan percutian hebat.

Tapi. kalau untuk berkhidmat lama tak boleh dan tidak mendapat keizinan keluar dari Ketua jabatan dan pindah pi mana boleh kerinting rambut tanda gila. Selalunya yang dihantar bertugas di sana adalah kakitangan kerajaan awam. Polis. Kastam. Doktor. Misi. Cikgu. Dan apa saja lah yang berkakitangan kerajaan awam di sana.

Kecuali pada sesiapa yang yang sangat mencintai alam flora fauna laut dan pemandangan cantik, maka dia kebal tinggal di pulau selama-lamanya [tidak lah termasuk anak jati pulau. Cuma pada kakitangan kerajaan awam]

Baik. Berhenti.

........

Kawan saya itu comel, kecil dan molek. Dia seorang teacher bahasa inggeris. Ada taik lalat manis di pipi. Selalunya budak-budak kalau tak tau nama akan panggil dia cikgu taik lalat. Suara kuat walaupun badan kecik.

Kami menjadi kawan setahun lebih. Tapi perit nya memulakan hidup di tempat orang dengan tidak bergaji selama tiga bulan adalah memberi kenangan banyak dan menjadi kenangan sepanjang hayat.

[biasalah bila anda menajdi cikgu. Baru berkhidmat. Tiga bulan itu anda tidak bergaji. Dan kemudian akan di bayar selepuk ke gaji selanjutnya. Sebab ia dalam proses]

Maka. saya dan kawan kecil molek itu berjaya mengharunginya dengan baik dan suasana sederhana dan berjimat banyak. sangat berjimat banyak.

........

Jiran kami masa itu sepasang suami isteri dan dua orang anak laki-laki kecik dan anak perempuan kecik jugak. Mari saya buat kesimpulan. Mak pak budak-budak rumah sebelah bukan lah mak bapak yang baik sangat. Suka guna perkataan kasar dan segala maki hamun boleh dengar. Maklumlah rumah kami sewa dan rumah dia dinding melekat.

Selain suka mengunci anak dalam rumah dan depa pi kerja balik jam sebelah dua belas malam adalah perkara biasa. Itu belum kira pak budak tu gatal mengorat kawan kecil molek saya. Tanda moral rendah tidak baik. Memang jahanam.

Budak-budak tu pakat qeyau melalak meraung saya dan kawan saya jugak yang datang jenguk dan tolong walaupun tak tau kunci rumah dia letak di mana.

Itu tak apa lagi. Cuma saya dan kawan saya fikir jika rumah itu terbakar. Macamana mahu selamatkan budak dua orang yang dikurung mak pak dia itu?

Uh.

.......

Melihat suasana macam itu saya dan kawan membuat kesimpulan di masa hadapan. Kawan saya kata. Kalau dia berumah tangga kelak. Dia akan pindah ke kuarters guru. Duduk bersama suami beliau di sana yang semuanya suasana di sana adalah anak cikgu dan cikgi. Maka suasana itu selamat untuk perkembangan anak-anak yang bakal dilahirkan.

Tidak dengar maki hamun dari sesiapa. Dan paling penting tidak bercampur dengan budak tempatan yang agak liar begini.

Saya pulak?

Tidak lah saya merencana mahu duduk di mana sebab saya tahu saya bakal berpindah ke Johor mengikut encik suami.

Kawan saya yang kecil dan molek itu suami nya juga seorang cikgu yang juga ditugaskan berkhidmat di Langkawi. Maka. dia tak boleh lari dari pulau itu. saya pun tidak tahu kapan bila dia boleh berpindah pulang ke tanah besar?

........

Lama dia bertalipon saya.

Saya rasa banyak ber hahahahaha berketawa ketawi daripada bercakap banyak.

Meningat kenangan lama yang lucu dan macam-macam hal.

Pasal kerja. pasal anak. Pasal perut. Pasal kempunan. Biasalah. Perbualan ibu-ibu mengandung.

Dia juga sedang bermengandung sulung. Lahirnya mungkin bulan Oktober. awal dari saya. tahniah.

......

Dan. Bercakap soal keroje. Pada saya keroje saya banyak. Cuma saya boleh buat dalam keadaan gembira. Suasana kerja saya kondusif. Dan saya rela. Tidak ada lah pula corak pemerintahan berkuku besi.

Dan. Bila dia bercerita pada saya tentang soal pemerintah yang akan disoal siasat oleh Tuhan akibat tiada peri kemanusiaan dan berautokratik dengan orang bawahan. Dalam hati saya. saya bersyukur banyak. sebab saya tidak tergolong di dalam penganiayaan orang.

Ah.

Saya tidak suka bekerja dalam perasaan bimbang dan tertekan. Ia mengurangkan produktiviti kerja. bekerja dalam ketakutan merencatkan hasil dan kebebasan berkhidmat dengan bagus.

Dalam dunia ini. Saya jumpa seseorang seperti itu. iaitu di tempat lama saya bertugas. Orang yang susah ber empati. Dan agak berkuasa veto. Ia mengurangkan ukhwah.

Cuma kerja menjadi sekadar kerja. tiada ihsan. Tiada hubungan istimewa sesama islam antara kita dan dia.

.....

Pada saya jika ada hubungan bagus antara hati ketua dan yang di bawah-bawah. Kita juga bekerja dengan rela dan gembira. Malah. Jika di arah-arah pun kita tetap boleh melakukannya dengan baik dan gembira. Ia adalah hubungan jangka panjang.

Pada saya jika anda berkuku besi dan berveto-veto. Kita diarah-arah. Tetap juga kerja itu kita buat dengan rela. Tapi hati kita sebal juga dan tidak pula wujud kaseh dan sayang di situ.

Ukhwah macam tidak ada. Longgar dan Cuma sekadar kerja.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?