...sekolah kehidupan..

Wednesday, June 20, 2012

Perbualan ayah dan anak

Sewaktu saya sedang bermesyuarat di Jabatan Pelajaran Negeri pasal program kecemerlangan SPM dalam bidang saya. Talipon memang lah saya tak tengok.

Mesyuarat itu pasal sekolah saya jadi tuan rumah menghimpun sekolah lain bertandang ke sekolah saya.

Biasalah dah nama pak ketua dalam bidang saya bagi menengah atas. Maka saya lah orang yang dipertanggungajwabkan menjadi kepala tau kepada semua.

[tak apa. Semua tugas saya anggap sebagai pelajaran baru. Saya kumpul pengetahuan dan pengalaman. Tunggu saya tua sikit lagi akan saya reti bahagi tugas dengan baik]

Okay balik kepangkal jalan.

Ini bukan cerita pasal mesyuarat.

.......

Bila usai bermesyuarat. Masa nak balik saya tengok talipon. Oh ada panggilan tidak saya jawab. Tengok jam. Masa talipon tu bunyi adalah masa sedang bermesyuarat.

Rupanya dia adalah encik ayah.

Baik.

Saya talipon balik.

.....

"ayah ada talipon cek?"

"ya..pi mana dan ada di mana ni"?

Saya kata saya sedang di Jabatan Pelajaran Johor. Saya ada mensyuarat.

Encik ayah berseloroh. Dia kata:

"oh.mesyuarat tingkap"

Saya kata saya mesyuarat dalam bangunan. Saya tengok tak ada tingkap.

Encik ayah ketawa ber ha ha ha.

[saya buat kesimpulan. Mungkin dia teringatkan saya sebab itu boleh talipon mai]

Encik ayah kata:

"toklang chin meninggal, sudah tau kah?"

Saya buat-buat merajuk walaupun dah tau. [adik saya dan kakak sulung saya sudah awal beritahu saya]

Saya kata encik ayah sudah tak mau mesej saya lagi sekarang. dan semuanya mesej pada encik suami saya saja.

Encik ayah kata:

"dah ayah buka dalam talipon ayah jumpa nama dia dulu, ayah hantar lah kat dia"

"HAHAHHAHA" encik ayah ketawa.

Macam lah saya tak tau. Nama saya adalah mula huruf N. Nama encik suami mula huruf Z.

Takkan lah jumpa nama encik suami dulu.

.....

Kemudian.

Saya tanya kesihatan dia.

Encik ayah kata dia macam sudah baik sikit. Cuma kena rehat banyak. saya tau. Encik ayah saya sudah tua. Tua dah.

Biasalah perbualan ayah dan anak.

......

Saya cuma boleh bagi nasihat. Dan dalam hati takut encik ayah tak bagitau yang betul.

Dia suka tak mau bagitau anak-anak yang jauh keadaan yang betul takut kita terlebih bimbang pada dia.

Maka.

Saya doa. Semoga Tuhan merahmah kesihatan bagus pada orangtua saya. pada puan ibu mertua saya juga. orang baik-baik ini di keliling saya.

.......

Tuhan.

Saya pohon supaya disembuhkan penyakit ayah

Saya pohon supaya di beri kesihatan bagus pada ayah

Saya pohon supaya makbulkan setiap permintaan ayah

Dan.

Saya pohon panjangkan umur orangtua saya.


Amin.

Dan terima kasih.


0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?