...sekolah kehidupan..

Tuesday, June 5, 2012

suasana

Salamun alaik.

Lama tidak menulis sesuatu. Membiarkan blog saya sunyi dan lama. Aih.

Bukan tak rasa mahu menulis. Rasa.

Tapi.

Keadaan macam tak bagi. Dan kesihatan juga macam tak bagi. Dia suruh dok saja. Melahu tanpa buat apa-apa.

....

Satu minggu lalu.

Berseronok di kampung halaman. Berjumpa encik ayah dan puan emak. Melepas rindu banyak tidak terkepung.

MasyaAllah Tuhan bagi ketenangan banyak tidak boleh dihitung-hitung.

Balik kampung kadang-kadang udara boleh jadi yang utama.

Sejuk. Tak ada pencemaran. Bangun pagi sejuk. Angin. Udara bersih. masyaAllah. Seronok.

Tidur malam nyenyak. Tak ada bunyi kereta. Tak ada bunyi bising apa. Cuma kadang-kadang suara cengkerik.

Bangun pagi terasa segar. Dan. Macam satu terapi kesihatan bila balik kampung. Hirup udara kampung. Sejuk dan tenteram.

Dahi tak berkerut tahan sesak jalan raya dan panas. Yang saya rasa kalau dok di rumah kita la ni, naik kereta pi balik kerja nak menahan jem dans esak jalans aja sudah buat stress panjang.

Sampai. Bila fikirkan ketenangan kampung halaman yang Allah taala bagi.

Saya rasa.

Nak beli tanah. Buat rumah di sana. Kot-kot nanti saya pencen rasa nak balik kampung.

Bahagia dengan suasana.

.....

Bila balik johor bahru. Mulalah tidur malam panas. Bunyi kenderaan tak pernah berhenti. Rasa berkerut dahi memandu kereta ke sana sini. Ish.

Lepas tu mula lah bercakap-cakap dengan encik suami. Dia dan saya asyik ulang benda yang sama.

"seronoknya tidur di kampung.....seronoknya tidur rumah encik ayan dan puan emak..."

Suasana tahu? Suasana...

Ia aman dan tenang.

Terapi kesihatan.

Tidak pulak berasa letih dan stress.

.....

Saya menanti satu minggu lagi.

Untuk saya mengesahkan sesuatu.

Samada ia sehat atau tidak sehat.

Cuma saya minta tuhan meletak dia baik-baik. Kena pada kedudukan dan tidak menjadi apa-apa.

Semoga baik-baik saja.

Semogalah.

1 comments :

Unknown said...

sementelah berada dikg..nikmati suasana sebaeknya iya cikgu..slmt bercuti (^_^)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?