Selamat malam. Hai.sudah maghrib. Lamanya tak menulis. Ah. Saya sibuk bekerja. Mengatur program itu dan ini. Membahagi tugas Dan mengarap kerjasama guru. Sama-sama menjayakan program Jabatan Pelajaran saya. Semuanya untuk pelajar saya. ..... Saya sebok. Dan masih tak ada mood mahu menulis banyak. Kemudian. Dalam diri sudah ada anak kecil. Maka. semua pergerakan saya seakan berat dan lambat. Kalau dulu saya bergerak macam peluru. Sekarang sudah tak boleh berpeluru laju. ...... Semuanya Tuhan makbulkan saya. Saya minta Tuhan bagi saya kesihatan baik. Dia pemurah memberi saya kesihatan. Saya minta semoga saya sentiasa berkomitmen kerja. Tuhan izin juga. Saya minta semoga saya tidaklah diantara orang beralasan banyak. maka. Ya. Alhamdulillah. Sebab ada anak dalam perut tidak lah saya beralasan-alasan tidak boleh buat itu dan ini. Saya harap ia berterusan. Kemudian saya minta tidak lah saya mahu beralahan banyak. Tuhan izin juga. idak lah saya muntah apa-apa uweek uwekk. Cuma sekadar loya jika lewat jamah makan. Dan. Cuma tidak berapa mahu makan. Semua kena paksa-paksa suap. Hai. Nak kira nikmat Tuhan atas saya Maha Suci Allah. Bersyukur banyak. Kaseh Nya DIA pada permintaan kita. Amin. Amin. Ya rabbal alamin. ..... Oh. Saya rasa pelajar mula bergosipkan saya. Mula lihat fizikal saya makin berisi tang perut. Dia mula bergosip. Sebab selalu tengok saya sentiasa kurus murus. Sekali ini perut mula nampak macam ANAK ikan buntal. Baru sikit naik. Hai. Budak oh budak. Macam-macam.
Tuesday, June 19, 2012
Kalau dulu macam peluru
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment