...sekolah kehidupan..

Wednesday, June 6, 2012

Baru saya tahu dan semoga

baru saya tahu macam ini rasanya.


Selamat petang.

Rupanya begini rasanya.

Ah. Baru saya tahu. Pusing. Dan. Semua makanan menjadi tidak sedap. Semua sekali. Yang ada di depan mata.

Kecuali yang kita mahu tidak tercapai pula. Jauh di utara sana. Bila boleh balik makan?

Ish. nauzubillah.

Semoga Tuhan memberi saya kesihatan baik dan kekuatan banyak.

Tidak lah mahu saya begini-begini saja tanpa buat apa yang seronok.

Semua ini merencatkan aktiviti saya. ah. Parah. Dan mahu berlawan dengan semua. supaya menjadi gagah hati dan tabah perasaan.

......

Baru saya tahu tidak enaknya rasa adalah begini. Tidak apa. Saya boleh bertabah dan belajar redha.

Semua makanan perlu masuk dalam mulut secara paksa. Tanpa ada rasa nikmat sedap dan selera.

Tuhan menarik nikmat saya. untuk sesuatu yang lain pula.

Semoga tidak berlarutan.

.......

Semoga saya tidak menyusahkan siapa secara teruk.

Semoga saya boleh memandu seperti biasa ke sekolah.

Semoga saya boleh memberi ilmu baik pada anak didik.

Semoga saya boleh memberi komitmen bagus dalam kerja.

Semoga saya seperti biasa diri saya dalam kehidupan.

Dan.

Semoga,

Tidaklah atas sebab ini memberi saya alasan banyak. saya tidak mahu menjadi orang beralasan banyak.


p/s: saya mahu menjadi kuat.

2 comments :

Unknown said...

cikgu iman knp ni? emm moge baek2 saje.....

Anonymous said...

lepas nih bertambah le ahli keluarga yeee.... huhuh

TAHNIAH!!


iman dan ulam..begitu dasyat kah?